Labels

Wednesday, December 23, 2009

aku seperti air..

“Riwayat aku seperti air
Di hari subur berbakti pada manusia dada tanah watan
Di hari gersang mikraj ke langit atas perintah Tuhan
Basah kering air, hanya kitaran pusingan nadi
Bumi dan langit, air terus maujud kekal menabur berbakti.”

Hari nie..sunyi..kat opis..dlam bilik unit qs..tinggal aku ngan fuady jea...din ngan kema gie kursus..tak best jugak diorang takde..sunyi..sepi...takde gelak-gelak...huhuhu...dan ari nie sebenarnya aku ada mood sgt nak update blog yang dah lama aku tinggalkan dlm luahan perasaan..byk sebenarnya nak diluahkan tapi tak terluah oleh kata-kata dan gerak tangan menaipkan perkataan..biarlaaaah semua tu duduk dlam kotak memori aku...selagi aku bernafas dan selagi aku ingat.....
yang aku nak citer skit..berkenaan ayat-ayat kat atas....

aku ibarat air...memberi tanpa mengharap apa-apa balasan...kalau ada pun itu adalah bonusssss...
banyak perkara yang aku belajar dalam usia yang nak masuk 31 tahun nie...hidup ini..tidak sesenang yang kita impikan..banyak ranjau yang perlu kita lalui...tapi kita yang mencorak hidup kita..kita yang atur..kita nak bahagia atau derita...tapikan..susah jugak kalau hati tak kuat...
huish...mendalah yang aku mengarut nie..aku tulis ikut sedap tangan jea..hihihi..tak ilmiah langsung...

Friday, October 30, 2009

` D I A M `

...syukur...aku masih bernafas untuk hari ini...Maha Besar Allah..Maha Suci Allah..

Semakin usia bertambah..semakin mematangkan hidup ini..dalam usia 30 tahun..aku kira aku yang dulunya begitu naif...telah berdepan dengann cabaran hidup yang betul-betul menukarkan aku seperti telur yang direbus...asalnya mudah pecah..dilindungi kulit..tapi dengan kepanasan air rebusan..yang boleh diandaikan sebagai cubaan hidup..aku jadi sekeras-keras telur yang telah direbus....

Ya Allah

Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku

Kau juga Maha Mengampuni segala ketelanjuranku

Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan

Bimbinglah aku kejalan yang Engkau redhai

Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawapku

Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakiratMU

Sekiranya aku engkar dan derhaka

Berikan aku petunjuk kerah rahmatMU

Ya Allah sesungguhnya

aku lemah tanpa petunjukMU

aku buta tanpa bimbinganMU

aku cacat tanpa hidayahMU

aku hina tanpa rahmatMU

Thursday, October 29, 2009

Nasihat Yang Menghasilkan Diam
Abu Saif | 24/07/2009 | 1:03 pm | 6,996 views | Print | Email

Kalaamuna lafzun mufeedun kastaqim…
Itu petikan daripada Alfiyyah Ibn Malik, kitab yang digunakan semasa belajar Nahu Arab.
Kalam di sisi kami ialah lafaz yang bermanfaat seperti, “beristiqamahlah!”
Ibn ‘Aqil mensyarahkan Alfiyyah Ibn Malik dengan penjelasan yang menarik. Menurut Ibn ‘Aqil, KAMI yang dimaksudkan di dalam bait syair di atas ialah Ahli Nahu. Kata Ahli Nahu, “di sisi kami apa yang dikatakan sebagai kalam ialah lafaz-lafaz yang bermanfaat”. Contohnya ialah ‘istiqamahlah’.
Bagaimanakah lafaz ‘istiqamahlah’ boleh dianggap bermanfaat?
Ia dianggap bermanfaat kerana ia adalah lafaz yang menghasilkan DIAM, tanda mesej yang mahu disampaikan itu difahami seperti yang sepatutnya. Berbeza dengan ungkapan, “saya pergi ke”. Ia tidak difahami dan tidak menghasilkan DIAM. Orang pasti mahu bertanya, “pergi ke MANA?”
Itulah definisi Ahli Nahu.
Saya turut menumpang sama.
Setelah dua buku berkaitan cinta dinukilkan, harapannya ialah banyak soalan terjawab. Tetapi email di bawah memberikan indikasi, ada sesuatu yang tercicir daripada dua buku saya.
Ikuti perbualan kami:
SOALAN
“Assalamualaikum ustaz.
Saya sudah membaca buku ustaz, Aku Terima Nikahnya dan Bercinta Sampai ke Syurga. Terima kasih atas buah tangan ustaz yang banyak membantu saya menempuh kehidupan. Teruskan menulis.
Saya ada satu masalah peribadi yang sangat rumit, dan saya memerlukan pandangan daripada ustaz.
Saya sudah bertunang semenjak setahun yang lalu. Tunang saya adalah seorang lelaki yang baik. Tetapi kami tidak pernah berjumpa dalam erti kata keluar makan atau bersiar bersama-sama. Hanya sesekali berhubung dengan telefon dan sms. Saya di Kuala Lumpur dan beliau bekerja jauh di seberang.
Masalah peribadi yang saya maksudkan ialah, saya jatuh hati dengan seorang jejaka di tempat kerja saya, dan beliau pula ada suami orang. Kami sering bertemu di tempat kerja, dan urusan kerja seharian rupa-rupanya tanpa sedar membibitkan percintaan di antara kami. Saya tahu yang beliau suami orang dan beliau juga tahu yang saya sudah bertunang. Tetapi kami tidak dapat membohongi diri masing-masing tentang perasaan ini.
Saya khuatir perbuatan saya ini menzalimi tunang saya dan isteri jejaka tersebut.
Saya sudah puas bersolat hajat meminta petunjuk dari Allah, membaca al-Quran dan berdoa, tetapi saya masih belum mempunyai kekuatan untuk menolak cinta ini.
Saya memerlukan satu nasihat yang tegas dan kuat dari ustaz. Mudah-mudahan dengan nasihat itu saya bertemu dengan kekuatan yang tidak saya temui selama ini.
Terima kasih atas kesudian membaca email saya. Harap ada balasan daripada pihak ustaz. Saya setia menanti.
Wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
Gadis KL”
JAWAPAN
Assalamualaikum wa Rahmatullah wa Barakaatuh.
Terima kasih atas kiriman email saudari. Terima kasih juga kerana membeli dan membaca buku saya.
Sesungguhnya segala yang perlu diperkatakan, telah saya perkatakan di dalam kedua-dua buku yang saudari baca. Justeru jika saudari masih memerlukan satu nasihat lain yang lebih tegas dan kuat dari saya, hanya yang satu ini sahaja yang belum saya nukilkan.

Ambillah lilin, nyalakan ia dan letakkan satu daripada sepuluh jari saudari di api lilin itu. Hitunglah berapa saat saudari mampu bertahan akan kepanasan api lilin yang membakar dan menghanguskan satu daripada sembilan jari saudari.
Jika saudari melepasi proses pertama ini, letakkanlah pula jari kedua hingga ke jari yang ke sepuluh.
Rasalah sendiri panasnya api.
Sesungguhnya kepanasan api lilin itu, hanyalah secebis daripada kepanasan api Neraka dan Murka Allah yang menanti manusia yang menzalimi manusia yang lain.
Dalam lambakan kata-kata yang banyak dan pelbagai itu, mungkin kepanasan api Nerakalah yang sudah dilupakan manusia.

“Dan demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit dari azab dunia sebelum azab yang besar (di Akhirat kelak), mudah-mudahan mereka itu kembali (bertaubat)” [Al-Sajdah 32: 21]
Rabbanaa Aatinaa fi al-Dunyaa Hasanah, wa fi al-Aakhiraati Hasanah, wa Qinaa ‘Adzaaba al-Naar!
Ameen.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
PERGI TAK KEMBALI

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang…kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

sesusuk tubuh nan mulia...

begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.

- Aku melihat cahaya dari lidahnya..

- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah kamu melihat matahari terbit.

- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.

- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

- Wajahnya seperti bulan purnama.

- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.

- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.

- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

- Janggutnya penuh dan tebal menawan.

- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.

- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

- Rambutnya sedikit ikal.

- Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi.

- Rambutnya terbelah di tengah.

- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.

- Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa.

- Seimbang antara kedua bahunya.

- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik.

- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

- Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. - Warna putihnya lebih banyak.

- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

- Warna kulitnya putih tapi sihat.

- Kulitnya putih lagi bercahaya.

- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh. - Badannya tidak gemuk.

- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.

- Perutnya tidak buncit.

- Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka.


Demikianlah sesosok tubuh nan mulia milik Nabi Muhammad s.a.w ~ manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Semulia-mulia insan di dunia...

Pernahkah kita terfikir betapa saat akhir hayat Rasulullah mengingatkan kita semua betapa mendalamnya cinta baginda terhadap umatnya...

Wahai ALLAH, izinkan hambamu ini menukil kembali kenangan itu....

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya.

Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,
"Siapakah itu wahai anakku?".

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah.

Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"
Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."

Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat gerangan maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya (lantas terdengar Rasulullah berkata:)
"Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum" (peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu)

Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Semoga cinta kita pada Rasulullah adalah cinta yang abadi.
tulisan di atas satu titipan rasa rindu buat RASULULLAH S.A.W saat mengenang BAGINDA}
Memetik ucapan Ustaz Asri Ibrahim di blog beliau:

“Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat, dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku…“
Kenangan Terhalal
Abu Saif | 14/08/2009 | 4:16 am | 9,051 views | Print Print | Email Email

2571

“Ustaz tidak pernah bergaduh dengan isteri?” tanya sahabat saya.

“Bergaduh yang macam mana?” saya menoleh kepadanya.

Perjalanan ke lokasi program masih jauh. Masih banyak masa untuk berbual dan bertukar kisah. Kalau boleh, biarlah kisah yang boleh mencelikkan mata.

“Bergaduh. Bertengkar atau salah faham. Tak semestinya sampai baling-baling senduk dan tudung periuk,” jelas beliau.

“Tak ingat kata P. Ramlee?” saya bertanya kepadanya pula.

“Kata-kata yang mana tu, ustaz?” soal beliau. Matanya masih tekun mengawal perjalanan kereta.

“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri!” saya memetik lagu P. Ramlee yang dimaksudkan.

“Ooo, adegan dalam kandang kuda itu ya?” katanya sambil ketawa. Teringat kepada kisah Tiga Abdul.

“Ya. Kenangan di kandang kuda,” saya mengiyakan telahannya.

“Maknanya ustaz pernahlah bergaduh dengan isteri?” beliau meminta kepastian.

REALITI BUKAN FANTASI

“Tentulah. Berselisih faham, bermasam muka, merajuk atau mengamuk, semua itu asam garam kehidupan berumahtangga. Sampai masanya nanti anta akan menempuhnya, Insya Allah,” saya tersenyum kepadanya.

Ada kalanya saya berasa kaget dengan soalan-soalan yang diajukan kepada kami. Masakan saya dan isteri terlepas peluang untuk bergaduh dan berselisih faham dalam kehidupan kami. Ya, ia adalah peluang. Ruang yang diberikan oleh Allah sebagai peluang untuk suami isteri belajar meningkatkan diri. Bukanlah bermaksud sengaja mencari gaduh. Tetapi setiap kali berlakunya perselisihan faham, ia pasti berakhir dengan satu pelajaran baru buat suami dan isteri jika mereka berjaya mempositifkannya.

Alangkan rumahtangga Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam sendiri menempuh fasa-fasa sedemikian rupa, apatah lagi kita yang serba kekurangan ini? Malah, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam juga pernah mentalaqkan isteri baginda iaitu Hafsah binti Umar al-Khattab, dan kemudian rujuk semula. Ia catatan sejarah untuk mengajar Muslim menguruskan realiti, bukan berfantasi.

“Macam mana ustaz dan isteri positifkan pergaduhan?” tanya beliau lagi.

MASIH ADA SAYANG

“Tanyalah kembali kepada diri masing-masing, apakah kamu masih menyayangi sang isteri? Isteri juga harus bertanya kepada diri, sejujur-jujurnya, apakah kamu masih sayangkan suami? Kalau sayang itu masih ada, berusahalah atas nilai kasih sayang itu untuk mencari penyelesaian dan jalan keluar,” saya memberikan cadangan.

“Betul, betul. Saya masih ingat kuliah ustaz tentang Win-win Situation. Kecenderungan kepada penyelesaian akan lebih ketara andai ada kasih dan sayang antara dua pihak yang bertembung. Termasuk suami isteri,” katanya yang pernah hadir ke kuliah saya sebelum ini.

“Jazakallahu khairan ya akhi. Terima kasih kerana ingat akan hal-hal tersebut,” saya menghargai ingatannya kepada isi kuliah yang entah bila saya sampaikan itu.

“Satu lagi soalan, ustaz” sambungnya lagi.

“Apa dia?” saya bertanya.

MENCARI EPISOD KASIH

“Macam mana kita nak tentukan yang kita masih ada rasa sayang kepada isteri, kalau semasa itu kita sedang marah-marah?” beliau terus mengajukan soalan.

Wah, bagus sungguh anak muda ini. Tajam fikirannya, dan kritis dalam menghalusi pandangan.

“Hmm… kenanglah balik peristiwa-peristiwa semasa cinta sedang mekar dan segar bugar itu,” saya membalas.

“Apa kenangan terhebat ustaz? Yang boleh mengingatkan ustaz kepada cinta ustaz untuk Kak Muna? Cewah!” kata beliau dalam nada bergurau tetapi serius.

“Ehh, apa pula yang ada cewah di hujung tu?” saya ketawa mendengar ekspresi beliau.

“Tak ada apa-apa. Saya rasa malulah pula tanya ustaz soalan-soalan macam ini,” jelas beliau. Jujur.

“Hmm, kalaulah ada masa yang kami berselisih faham, atau jika tiada salah faham sekali pun, saat yang paling bermakna untuk ustaz kenangkan ialah petang ustaz menentukan tarikh bertunang. Selepas menetapkan persetujuan, ustaz ditanya oleh bakal ibu mertua ustaz sama ada sudah pernah bersua muka dengan bakal tunang atau tidak?” saya mengomel.

“Ustaz pernah jumpa?” tanya beliau.

“Anta ni, tak baca buku analah ya!” saya menduga.

“Bacalah ustaz. Tapi tak pasti yang mana satu. Saya ni ada sifat pelupa sikit,” katanya lagi.

“Tentulah tak pernah jumpa. Memang abang ustaz pun terkejut masa itu. Jadi, bakal emak mertua ustaz panggillah Kak Muna yang menyorok di dapur tu supaya keluar. Dan itulah kenangan terindah ustaz sebab kali pertama ustaz menatap wajah bakal isteri, ialah di dalam majlis yang paling mulia dan halal iaitu di rumahnya sendiri, dan di hadapan ibu serta bapanya!” saya tersenyum sambil bercerita.

“Wah, sweetnya! Betullah kata guru saya, kemanisan dan kenikmatan itu ada pada yang halal!” beliau membuat kesimpulan.

“Ya. Sebab itu, janganlah dicemar perhubungan pra perkahwinan dengan apa-apa yang haram atau syubhat. Biar kenangan semuanya halal dan indah belaka,” saya menokok.

“Samson kena buat lagu baru sempena Ramadhan ni!” katanya dengan nada gurau.

“Lagu apa?” saya tidak dapat menangkap maksudnya.

“Kenangan Terhalal!” jawab beliau.

Kami ketawa… bermanfaat sungguh usrah kami di lebuh raya.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
Langit tidak selalu cerah…

Ada hari, rumah tangga belayar dalam perahu cinta. Ada harinya pula, rumah tangga bertahan dengan rasa tanggungjawab dan amanah di sisi yang Esa. Cinta itu naluri, namun kedewasaan mengendalikan cinta, itulah jati diri.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Kerana kami pulang ke asal.

Itulah formulanya.

Untuk mencari damai di hati dan jiwa, pulanglah ke asal.

Mungkin kerana itu, zikrullah, solat dan majlis ilmu, sering mengundang damai. Sedangkan dosa, lagha dan tenggelam oleh urusan dunia, acapkali menimbulkan resah dan gelisah.

Kerana asal jiwa ini “˜dekat”™ dengan Allah.

Masakan tidak “˜dekat”™. Kita pernah bersoal jawab dengan Allah secara langsung, di alam roh yang misteri, namun boleh difahami bahawa asal maujudnya kita adalah “˜dekat”™ kepada-Nya.

Allah bertanya secara langsung kepada kita:


“Bukankah Aku Tuhan kamu?”

Dan kita semua telah menjawabnya secara langsung kepada Dia:


“Benar (Engkaulah Tuhan kami), Kami menjadi saksi” (Al-A”™raaf : 172)

Di alam itu kita “˜dekat”™ dengan-Nya.

Dan hakikat itu memainkan peranannya pada kembara kita di sebuah dunia.

ANALOGI PERANTAU

Apa rasanya seorang perantau yang terbuang sendirian di bumi asing?

Sunyi, rindu, dan resah tidak tentu masa.

Bagaimanakah perasaan perantau itu tatkala bertemu dengan seorang insan yang dikenal pastinya sekampung, sedaerah dan berkongsi persamaan, ketika dirinya sedang remuk rindu di perantauan?

Pastinya gembira, hilang sunyi, terhibur malah rasa “˜selamat”™.

Bagaimana perasaan itu menjelma? Dari mana kepuasaan itu muncul di dalam jiwa?

Tentu sahaja, kerana insan yang ditemuinya itu berkongsi asal yang sama.

Bila diri dibawa pulang ke asalnya, jiwa tenteram beroleh damai.

Itulah rahsia zikrullah menenangkan jiwa, ketika roh kita dibawa kembali ke sifat asalnya. “˜Dekat”™ dengan Allah.



Itulah sejuknya mencium tangan bonda, kerana saya pernah berkongsi nyawa dengannya. Saya dari Dia melalui dia, bonda yang mengandung dan melahirkan saya. Mencium tangannya sudah memutikkan bahagia, apatah lagi pada memeluk dan mendakapnya, kerana saya membawa diri pulang ke asal, saya adalah sebahagian diri bonda.

DAMAI ALAM

Bagaimana mungkin titis hujan, liku alur dan hijau pohonan tidak mendamaikan? Sedangkan saya lahir di alam begitu, membawa diri pulang ke asal, itulah kunci kebahagiaan yang sejati.

Tambah pula Allah memberitahu ,
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa”™ : 44)

Rupa-rupanya deru alur dan tiupan angin yang nyaman itu adalah tasbih zikrullah.

Rupa-rupanya titis hujan dan cengkerik malam itu adalah tasbih zikrullah.

Rupa-rupanya kokok ayam dan sahutan katak di paya itu adalah tasbih zikrullah.

Biar pun akal tidak memahaminya, namun roh yang asalnya ‘dekat’ dengan Allah, dan tenang dengan zikrullah, mentafsirkannya dengan tepat dan indah.

Biar pun kamu atheist, kamu sekular, Hindu, Buddha, Kristian atau Muslim, tiada manusia yang tidak tenang mendengar bunyi alam. Kerana walaupun akal meyakini kepercayaan yang berbeza, roh itu bahasanya satu dan esa, memahami Zikrullah penenang jiwa.

Ya Allah… dekatkan diriku pada asalku, pada bonda, pada desa, pada zikir dan ingatanku terhadap-Mu, Tuhanku yang Maha Baik dan Maha Pengasih, kepada diriku, si hamba…



Kembalilah kalian ke fitrah asalmu.



Dekatkan diri pada yang Esa



Dambakan diri mentaati-Nya



Juga bonda dan damai desa…

opy rom` ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Demi Sebuah Bahagia
Abu Saif | 06/06/2007 | 1:03 am | 5,843 views | Print Print | Email Email

belfast006.jpg

Lazimnya, saya tidak suka berkongsi tips. Malah saya sering berkata, untuk menilai satu-satu ceramah itu berasas atau tidak, lihatlah kepada tips. Jika ceramahnya penuh tips, maka ia adalah kosong tidak bermakna.

Tips adalah buah. Manusia memang perlu kepada buah. Tetapi kita lebih membantu jika yang diberi adalah pokok yang menghasilkan buah.

Tips tidak mungkin dapat dilakukan, jika pokok dan akarnya tiada.


PETUA SENYUM UNTUK BAHAGIA

Mahu hidup bahagia, senyum setiap pagi.

Apakah manusia mampu senyum tanpa sebab?

Apakah manusia boleh melemparkan senyuman sejati jika tujuan senyumnya tidak dapat dikenal pasti.

Maka jika seseorang itu benar-benar mahu membahagiakan kehidupan seseorang, bantulah ia agar tersenyum sendiri. Senyum dari hati, yang bukan dibuat-buat tanpa erti.

Tetapi hari ini saya ingin berkongsi petua. Petua yang diajar oleh guru-guru saya di Fitrah Perkasa. Petua ini petua segera, untuk cepat mengecap bahagia.

Namanya “Ingat 2 Lupa 2″

INGAT 1

Ingatlah kebaikan orang kepada kita.

Setiap kebaikan yang orang lakukan kepada kita, ingat-ingatkan selalu. Ia menerbitkan rasa betapa bertuahnya diri sering menerima kebaikan itu. Namun dalam banyak-banyak pihak yang memberikan kebaikan, ingatlah kebaikan Pihak yang paling berjasa kepada kita iaitulah ALLAH.

Hitunglah betapa baiknya Allah kepada kita.

Jika setiap hari kita balik bekerja, ada sejambak bunga di muka pintu, tidak teringinkah kita untuk kenal siapa pengirimnya? Tidak mahukah kita mengucapkan terima kasih kepadanya?

Jika kita bertuah memiliki ibu bapa yang penyayang, isteri yang baik hati, suami yang luhur budi, anak-anak penyejuk mata dan hati, tidak teringinkah kita untuk mengetahui siapa Pengirim semua itu kepada kehidupan ini?

LUPA 1

Di samping mengingati kebaikan orang kepada kita, lupa-lupakanlah kebaikan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa. Jangan diungkit-ungkit, jangan disebut-sebut. Apatah lagi dengan tujuan mahu menyakiti.

“Hmm, kalau tidak kerana aku, tak berkubah masjid ini!” kata si sombong.

“Kan dulu aku pernah tolong engkau. Sekarang tibalah giliran untuk engkau menolong aku”, ungkit si dia.

mannwalaza.JPG

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. (Al-Baqarah: 264)

Dan jangan sekali-kali diungkit ibadah kita kepada-Nya.

Segala-galanya terlalu halus, remeh dan kecil, jika dibandingkan dengan mana-mana nikmat yang pernah dikurniakan-Nya kepada diri ini.

INGAT 2

Setelah bercakap tentang kebaikan, ada seperkara yang perlu diingat selalu.

Ingat-ingatlah keburukan dan kesalahan yang pernah kita lakukan kepada manusia. Kenang selalu kesilapan kita pada tutur kata dan tingkah laku, jangan mudah dipadam dan dibiarkan pergi tanpa ada pelajaran yang diambil darinya.

Kenangkan ia, ingatkan selalu.

Bukan untuk menyeksa diri, tetapi agar berhati-hati.

Dalam banyak-banyak keburukan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa, dosa dan kejahatan kita terhadap Allah itulah yang paling melata, setiap detik dan masa.

Istighfar selalu… kenang-kenangkan salah kita kepada Dia.

Sesungguhnya dosa yang paling merbahaya ialah apabila tiada rasa berdosa. Lupa pada segala jahat kita kepada-Nya, dek satu ujian yang ditimpakan-Nya ke atas kita.

Ingat-ingatlah kekurangan diri ini, kesilapan dan kesalahan yang pernah dilakukan selama ini, bukan untuk menyeksa diri, tetapi agar berhati-hati.

LUPA 2

Manakala keburukan dan kesalahan orang kepada kita, lupa-lupakanlah ia.

Manusia yang paling tidak bahagia ialah manusia yang gagal memaafkan kesalahan orang terhadapnya. Berdendam siang dan malam, memikul beban sepanjang masa.

Orang yang dimarahi sudah pun menyambung hidup gembira hati, kita yang gagal memaafkan dia, terus terseksa mengheret dirinya ke dalam diri, ke sudut mana sekali pun kita pergi.

Deritanya hidup jika gagal memberi maaf, gagal melupakan salah orang kepada kita.

MENGAPA PERLU MEMBERI MAAF

Mengapa harus kita segera menjadi pemaaf?

Kerana kitalah hamba yang mendambakan maaf dan ampun dari-Nya.

Kita hamba yang tak punya apa, sering berlaku dosa dan kurang pula tunduk taatnya. Maafkanlah manusia, agar Dia maafkan kita.

Oh Allah, sebelum kulelapkan mata ini, ku maafkan isteriku atas kesilapan dan kekurangan dirinya. Ku maafkan setiap salah dan silap anak-anakku dan ahli keluargaku. Ku maafkan setiap manusia yang berkata buruk di depan dan di belakangku.

Semata-mata kerana aku dambakan ampunan-Mu.

Siapa aku untuk berdendam sesama hamba, kerana al-Muntaqim, hanyalah Engkau, Tuhan Yang Esa lagi Perkasa.

Maafkan aku, hamba yang berdosa.

Moga ada sinar bahagia, di hari muka.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Dalam Derita Ada Bahagia` copy from saiful.islam.com

Dalam Derita Ada Bahagia
Abu Saif | 12/07/2007 | 10:50 pm | 12,827 views | Print Print | Email Email



Imad sentiasa ceria. Alhamdulillah

Marah ada, geram pun ada. Tetapi lega. Lega kerana semuanya sudah berakhir.

Setelah lebih dua jam menunggu di LCCT, pembantu rumah yang sepatutnya pulang semula ke Malaysia selepas dua minggu bercuti, tidak muncul. Tidak menaiki pesawat.

Memang marah. Menyusahkan…

Selepas 5 jam beratur di Kedutaan Indonesia untuk memaklumkan cuti beliau ke Indonesia, permit kerjanya diperbaharui untuk tahun kedua, dan senang-senang sahaja beliau pergi sebegitu rupa. Seperti kebanyakan yang lain…

Tetapi lega. Saya gembira. Selama setahun mempunyai pembantu rumah, saya sungguh tidak selesa. Saya sukar pulang ke rumah, hilang sebahagian besar apa yang saya perlukan di sebuah rumah.

Satu-satunya sebab mengapa saya bersetuju dengan permintaan isteri untuk mengambil pembantu rumah, ialah agar kami berdua tidak terkejar-kejar balik ke rumah. Itu sahaja.

Pernah sekali, kapal terbang saya dari Kota Kinabalu (Air Asia, apa lagi) lewat tiba di LCCT. Hampir 3 jam lewatnya dari jadual asal, isteri saya oncall.. dan akhirnya saya terpaksa ke rumah cikgu di tengah malam untuk mengambil anak-anak saya yang sedang nyenyak tidur bergelimpangan di ruang tamu.

Pemandangan yang membunuh jiwa seorang bapa.

Apa-apa pun, saya dan isteri menarik nafas lega. Moga ketidak pulangan beliau malam tadi merupakan yang terbaik untuk semua.

Saya marah bercampur lega. Hasilnya adalah rasa gementar.

Cabaran… bukan masalah. Fikir positif, tetapi kepala berat memikirkannya.

Pagi ini isteri saya terpaksa sekali lagi mengambil emergency leave, untuk mencari nursery. Syukur ada nursery yang masih menerima. Cuma RM660 sebulan mesti disediakan.

Keluarga saya dari Ipoh bergegas datang ke Kuala Lumpur untuk membantu. Dan saya terkejar-kejar ke UIA untuk kelas pertama saya semester ini.

SAYA

Ya, saya seorang pelajar Master sepenuh masa. Subjeknya adalah Sejarah. Hari ini sahaja sudah hampir 100 muka surat saya terima untuk dibaca dalam tempoh seminggu. Selain itu, 4 buku mesti dibaca dalam seminggu untuk kajian seni bina Othmaniyyah di era Mimar Sinan.

3 hari seminggu saya ke kelas. Isnin, Khamis dan Jumaat. Selasa dan Rabu saya bertugas di IJN. Malam dan hujung minggu, pelbagai siri ceramah dan kuliah yang mesti disampaikan.

Isteri saya juga seorang pelajar Master Klinikal sepenuh masa. Ke arah untuk menjadi Doktor Pakar di bidang Perubatan Kecemasan. 3 tahun dari sekarang, Insya Allah.

Rotation semester ini adalah Paediatrik. Oncall 4 kali sebulan di samping research proposal beliau tentang radiasi peralatan scan di Wad Kecemasan yang perlu disiapkan.

Tiga anak, kecil jumlahnya berbanding sepuluh. Tetapi cukup besar untuk kombinasi ibu dan bapa seperti saya dan isteri.

Pulang sahaja dari LCCT, saya dan isteri duduk bersila menyemak segera jadual kami. 3 ceramah mesti dibatalkan serta merta kerana bertindih dengan jadual oncall isteri saya. Maafkan saya.

Muslim Overseas Camp bersama KYUEM, Eco Camp bersama KRIM, Peristiwa ‘07 di Perth Australia dan PUISI 2007 di Ireland, semuanya mesti disusun dengan teliti. Saya tahu isteri saya susah hati, harus tinggal sendirian di rumah selama musafir saya nanti. Maka seawal Julai, semuanya mesti dirancang dengan baik.

Terasa sesak dada, tetapi terimalah ia sebagai kehidupan.

Malam ini Imad tidur tanpa ummi. Hanya ada abi yang berselawat di dalam gelap, memohon Allah menguatkan semangat.

Selepas Imad terlelap, baju sekolah Yop mesti digosok. Pakaian mesti dimesin dan disidai.

Bawang dan cili untuk bihun goreng pagi esok, mesti disiapkan sebelum tidur.

Mohon ada kekuatan untuk membaca buku pada sisa-sisa nyawa sebelum melelapkan mata.

Suatu reformasi besar-besaran akan berlaku dalam hidup kami mulai hari ini.

Kepada Allah jua dipohonkan kesabaran.

Biar pun penat yang tidak terungkap oleh sebarang ayat, hati bahagia menyuap anak, memandikan mereka dan mengusap kepala dengan tangan yang menggerutu ini.

naurah.JPG

Mengapa saya tulis semua ini?

Supaya anak muda yang gatal bercinta di celah cita-cita dapat menampar pipi masing-masing agar celik mata melihat ke depan. Jika menolak zina pun jadi kepayahan, halau dirimu dari cinta dan perkahwinan. Bosan saya melihat jiwa lemah yang merengek-rengek meminta ihsan.

Jika mahu bercinta, jangan merancang hanya ke pelamin. Masukkan sekali urusan lampin.

Kerana rumahtangga bukan utopia Cloud 9. Ia adalah kombinasi suka dan duka.

Namun dalam derita tetap ada bahagia, itulah nikmat hidup berumahtangga. Medan memberi yang paling mulia.

ABU SAIF

Cinta Ilahi Bukan Lakaran Puisi` copy from saiful islam.com

Cinta Ilahi Bukan Lakaran Puisi
Abu Saif | 17/07/2007 | 10:10 am | 18,498 views | Print Print | Email Email



“Cukuplah sudah aku dipermainkan selama ini. Cintaku kini hanya untuk Ilahi. Bukan untuk mana-mana lelaki!”, ungkap seorang siswi yang putus cinta.

“Cinta manusia adalah palsu belaka. Cinta Allah, itu yang utama”, kata seorang yang lain.

Termenung saya membaca ungkapan-ungkapan seperti ini. Semakin banyak kedengaran di dalam lirik-lirik nasyid. Semakin banyak kelihatan di blog tempat orang muda meluahkan kekecewaan.

Fahamkah mereka dengan apa yang mereka ungkapkan?

Cinta Ilahi?

Tiada lagi cinta lelaki?

Wanita gila harta?

Hanya Allah sahaja yang ’setia’?

Seperti yang pernah saya ungkapkan di dalam artikel Anti Slogan, saya memang tidak suka mendengar orang bercakap benda yang dia sendiri tidak faham. Mumbling… kata orang Putih.

Apakah ada konflik antara cinta Allah, cinta lelaki, dan cinta perempuan? Cinta hanya satu. Pilih sama ada buayafriend mahu jatuh hati kepada gelifriend, atau menyerahkan cintanya hanya kepada yang Esa?

Saya tidak suka orang bermain dengan kata-kata.

Jika sudah kecewa dengan si dia, tiada lagi cinta kepada penggantinya?!

BERTAPA?

Habis, mahu ke mana? Ke puncak gunung bertapa seperti rahib? Enggan berumahtangga kerana mahu mendedikasikan diri kepada Dia dan bukan dia? Fikiran apa ini? Islamkah yang mengajar kita berfikir begitu?

Tidakkah kita sudah dinasihati tentang kisah segelintir sahabat yang tersilap memahami cara melihat Ibadah Nabi SAW yang begitu sederhana?



“Sesungguhnya salah seorang daripada sekumpulan sahabat Nabi sallallahu alayhi wa sallam telah berkata, “Berkenaan dengan diriku, maka aku akan berpuasa dan tidak berbuka. Berkata seorang yang lain: Aku akan berQiyam di malam hari dan tidak akan tidur. Dan berkata lagi seorang yang lain: Aku pula, aku tidak akan mengahwini perempuan. Seorang lagi berkata: Aku pula, sekali-kali aku tidak akan memakan daging. Lalu Baginda Sallallahu alayhi wa sallam bangun dan berucap, lantas Baginda berkata, “Apa halnya dengan pemuda-pemuda yang setiap seorang mereka ini berkata begini begitu? Aku sendiri berpuasa dan berbuka, bangun malam dan aku juga seorang yang mengahwini perempuan juga aku memakan daging. Barangsiapa yang tidak ingin kepada Sunnahku maka dia bukan dari kalangan (pengikut)ku” (Dari Sunan al-Nasaa’ie, no. 3217)

Janganlah bermain-main dengan kata-kata yang kosong dari makna, jauh sekali dari yakin dan percaya. Belajarlah untuk menyelami makna dan menyebut perkara yang kita jelas tahu akan makna dan maksudnya.

Ungkapan cinta Ilahi bukan ungkapan yang kosong, jauh sekali abstrak dan penuh misteri.

Cinta Ilahi bukan inspirasi untuk mengungkapkan syair-syair yang bertepek di sana sini di blog siswa siswi.

Jangan berlakon menjadi Rabiatul Adawiyah. Tidak perlu memakai kasutnya. Rabiatul Adawiyah itu insan yang tersendiri.

Bagi kita di sini, bercintalah dengan Allah secara realiti.

CINTA ILAHI ADA CARANYA

Tidak pernahkah kita merenung ingatan dari Allah sendiri terhadap orang yang mendakwa mereka itu cinta kepada-Nya?

tuhibbunallah.JPG

“Katakanlah: Jika sesungguhnya kamu itu mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya kamu juga akan dikasihi oleh Allah, dan akan diampun-Nya kesalahanmu. Dan Allah itu Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Aal Imraan 3: 31)

Jika cintakan Allah, contohilah Rasulullah SAW. Hiduplah macam Rasulullah, buatlah kerja macam Rasulullah.

Sibukkan diri dengan belajar dan mengajar, berdakwah dan memberi peringatan, membela agama dan bekerja untuk ummah, sibukkan diri dengan segala kebajikan demi cinta kita kepada-Nya.

Berhentilah berpuisi, andai puisi itu datang dari sebuah khayalan tentang cinta Ilahi sambil memicit jerawat di tingkap pagi.

Jika mahu mengungkapkan Cinta pada madah dan kata, luahkan ia dari rohani dan jasmani yang bekerja untuk kekasih-Nya. Hiasilah blog kalian dengan catatan amal dan muhasabah diri, bukan retorik dan angan-angan terhadap CINTA ILAHI.

ABU SAIF

Wednesday, October 28, 2009

Buat Suami Tersayang…

Suamiku

Maaf di atas keluh dan resah
Aku tewas di medan jiwa ku
Kerna aku baru belajar
Belajar menjadi seorang mujahidah

Namun gagalku sementara cuma
Itulah iman dengan seribu gelombangnya
Kugagahi segala dengan doa dan cita

Kata-kataku mungkin hambar
Ia sekadar cerita hidupku
Isteri sepi menagih simpati
Agar dunia tahu dan restu

Pesan dari teman yang dikenali
”Wanita itu rusuknya bengkok
Luruskan..berhati-hati
Bertegas..jangan keras
Berlembut..jangan sampai reput”
Itulah hakikat seorang isteri

Suamiku
Suka duka, tangis ria
Resepi hidup kita selamanya

Suamiku
Kupohon sabar darimu
Agar aku redup di bawah payungmu
Agar aku terang di bawah sinarmu
Agar aku mekar di dalam cintamu

Pergilah suamiku
Medan itu lebar dan luas
Engkau mujahid untuk semua
Kan kuiringkan doa dan cinta
Agar syurga Allah diberi balas

Tenang dirimu dalam doaku
Tenang diriku dalam cintamu..

Masih Ada Cinta: Dua Sepasang Itu Masih Ada ~ copy from saiful islam

Masih Ada Cinta: Dua Sepasang Itu Masih Ada
Abu Saif | 25/03/2008 | 12:00 am | 10,476 views | Print Print | Email Email



“Yop, cepatlah pakai baju sekolah ni!”, saya meninggikan suara.

Terjejas juga mood pagi apabila kelam kabut menyiapkan anak-anak ke sekolah. Ummu Saif apatah lagi.

Menyiapkan makan pakai anak-anak. Menyiapkan makan pakai diri sendiri. Semuanya terkejar-kejar dengan hambatan masa dan kerja.

Itu pemandangan biasa di dalam mana-mana rumahtangga. Setiap pagi, ibu bapa kelam kabut menyiapkan anak-anak.

Selesai menghantar anak ke sekolah atau pusat jagaan harian, saya dan isteri sama-sama mengharungi lautan manusia dan kereta, menuju ke tempat kerja. Ummu Saif agak bertuah kerana rumah kami tidak jauh dari hospital tempat kerjanya.

Ada hari saya bekerja. Ada hari saya belajar. Menjadi pekerja dan pelajar dalam satu masa, sangat mencabar kesabaran diri. Ummu Saif juga begitu. Program Master Klinikal untuk menjadi doktor pakar ini sangat mencabar.

Bukan sahaja soal mengagihkan masa, tetapi juga kesegaran minda dan tubuh badan kerana syarahan boleh jadi leteran, jika kepala dan telinga mendengarnya dalam kepenatan.

Pulang ke rumah, keperluan makan minum anak-anak bersambung semula. Seperti hari-hari sebelumnya.

Memasak, mengemas rumah, memandikan anak-anak, solat, mengaji, kerja sekolah, gosok baju…. ahh, sudah tinggal nyawa-nyawa ikan sebelum mampu menyentuh buku pelajaran.

PENAT

”Ahh, penatnya kan Umi?”, saya menoleh kepada isteri.

Dia hanya tersenyum.

”Kenapa?”, saya bertanya.

”Salah ke senyum?”, tanya isteri saya.

”Bukanlah salah. Tetapi lain macam pula senyumnya!”, saya ketawa.

”Dulu abang… dulu Yang. Sekarang tinggal Abi dengan Umi”, kata isteri saya.

”Okay la tu. Atau kita nak tukar kepada Maknya dan Paknya?”, saya berseloroh.

Kami ketawa.

Tetapi dalam tawa, hati tetap berkata-kata.

Masa berlalu begitu pantas. Dari hari pertunangan melangkah ke jinjang perkahwinan, Belum puas berdua bercinta, rumah diseri dengan cahaya mata. Itu rezeki dari-Nya.

Anak satu… anak dua… anak tiga… begitulah kehidupan saya dan isteri berkembang, seiring dengan peredaran masa dan pertambahan usia.

masihadacinta.jpg

Semasa baru berumahtangga, segalanya indah. Ia suatu peningkatan dan pencapaian dalam kehidupan. Keindahan itu berubah kepada suatu keadaan baru dengan ketibaan cahaya mata kurniaan Allah. Hanya Dia yang Tahu betapa hebatnya perasaan saya dan isteri semasa mendukung anak buat kali pertama.

”Kita kini bertiga!”, saya tersenyum.

Dari dua menjadi tiga, kemudian empat dan kini lima.

Ia suatu kebahagiaan. Sesuatu yang diimpikan oleh setiap insan yang melangkah ke alam perkahwinan.

Namun kadang-kadang kita terlupa.

Dalam sebuah rumahtangga itu bukan hanya ada Abi dan Umi, bukan hanya ada Paknya dan Maknya. Rumahtangga juga sentiasa ada dua insan yang masih seorang suami dan seorang isteri.

Kerana sibuk dengan rutin kehidupan seharian, kita tanpa sedar membiarkan identiti seorang suami dan isteri tenggelam.Suami melihat isteri sebagai ibu kepada anak-anak mereka. Isteri pula melihat suami sebagai ayah kepada cahaya mata tumpuan kasih dan cinta mereka. Pandangan suami dan pandangan isteri hilang tanpa sedar. Apa yang tinggal hanya pandangan ibu dan bapa melalui anak-anak yang memamah seluruh masa yang ada di dalam sebuah rumahtangga.

JEMU?

”Kenapa anta buat macam tu. Tak sayang isteri ke? Apa salah dia?”, saya bertanya kepada seorang rakan. Beliau memasang cinta kedua, di belakang isteri yang suatu ketika dahulu digila-gilakannya.

”Hmm.. entahlah!”, katanya lesu.

”Anta sudah tak sayangkan dia lagi ke?”, saya mencari kepastian.

”Tak juga. Tetapi… jemu barangkali!”, jawabnya dengan suara yang lemah.

Saya tergamam.

Alasannya senang sekali… isteri dan anak-anak yang sempurna itu tidak lagi mendatangkan bahagia, atas sebab yang mudah… JEMU.

”Hey… jemu anta kata? Habis dengan orang baru tu, anta tak akan jemu ke suatu hari nanti? Hari ini seronoklah, segala-galanya cinta. Tanggungjawab belum masuk dalam cerita”, saya panas hati.

Biar pun saya terganggu dengan kisah rakan yang seorang ini, tetapi saya sendiri mengambilnya sebagai peringatan.

Bahawa di dalam sebuah rumahtangga pasangan beranak tiga, ibu bapa dan anak-anak bukanlah segalanya. Selama mana sekali pun bahtera rumahtangga belayar, suami dan isteri tetap ada.

Jangan dibiarkan kehangatan itu padam oleh rutin harian yang demikian.

Hari ini, saya dan isteri mengambil cuti. Anak-anak tinggal di sekolah dan nursery hingga petang. Sepanjang hari ini, saya dan isteri keluar makan bersama, tanpa Saiful Islam, tanpa Naurah Sabihah dan tanpa Muhammad Imaduddin.

Semuanya kerana, dalam kehidupan kami sekeluarga masih ada suami dan isteri, dan hari ini adalah hari untuk kami berdua..

Kerana MASIH ADA CINTA…

Monday, October 5, 2009

LOBAK, TELUR & KOPI

...
Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehdupan. Ia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.

Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Ia mengisi tiga periuk dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air di ketiga-tiga periuk2 tersebut mendidih. Ia menaruh lobak merah di dalam periuk pertama, telur di periuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi di periuk terakhir. Ia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya.

Setelah duapuluh minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan menaruhnya dimangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk lainnya. Lalu ia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?" "Lobak, telur, dan kopi" jawab si anak.

Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Ia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, ia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk mencicipi kopi. Ia tersenyum ketika mencicipi kopi dengan aromanya yang khas.

Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, Ayah?" Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeda. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah. Cangkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.

"Kamu termasuk yang mana?," tanya ayahnya. "Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui...Ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau kopi?"

Bagaimana dengan anda?

Apakah anda adalah lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu.

Atau... Apakah kamu adalah telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau kegagalan menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kamu menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?

Ataukah kamu adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksimal pada suhu 100 darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat. Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, kamu akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitarmu juga menjadi semakin baik.

Wednesday, September 2, 2009

..my big day...

6 years ago, today.. at proximately, 8.45 p.m, I was sitting down, in front of an 'Imam', on a cozy pillow, waiting the time to say the magic words, 'Aku terima nikah, Azlina binti Mohamad dengan mas kahwin RM22.50, tunai...' Happ......y 6th anniversaries for myself and my lovely wife, a great woman, mother and friend... a big S A L U T E ! and C H E E R S ! to meself...Hardy har haron "qoute from fb.."

Tuesday, August 25, 2009

...

~ Beruntungnye Apabila Mengenali LELAKI~
Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya. Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan, berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. Anda melakukan begitu untuk meraih simpati. Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama. Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap. Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga? Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri. Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami. Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata. Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan. Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah. Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan. Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda. Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda setuju jika saya katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?
Kecantikan Lelaki Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah: -
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Kegagahan Wanita Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah: -
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Thursday, August 13, 2009

....12.08.2009....

..SUPRISE...aku pregnant sekali lagi baby yang ketiga..syukur...

Thursday, August 6, 2009

nifsu syaban

Assalamualaikum w.b.t…

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita
selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang
baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula
sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb
sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya’aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya’aban, jumaat malam)

Solat sunat nisfu sya’aban, 2 rakaat

Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x

Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya’aban, jumaat malam)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik….

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

Baca doa nisfu Sya’aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (Khamis)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa

2. Malam Pembahagian Takdir

3. Malam Rahmat

4. Malam Berkat

5. Malam Pengampunan (Taubat)

6. Malam Penebusan

7. Malam Syafaat

8. Malam Penulisan

9. Malam Keagungan dan Kemuliaan

10. Malam Rezeki

11. Malam Hari Raya Para Malaikat

12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya’aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya’aban maka Allah haramkan
tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah
Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) :
pada malam nisfu sya’aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke
langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku
perkenankan permintannya , adakah orang yang meminta ampun maka aku
ampunkannya , adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan
diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang
yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu
sya’aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit
sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua’alam

...im2/26..

pertamanya..aku nak panjatkan syukur pada ALLAH,kerana mengurniakan perasaan damai dan bahagia nie...syukur...
lama jugak tak jenguk blog..macam-macam citer..sampai tak tertulis..skang ayu dan pindah kat im 2/26..selang tiga buah rumah dari umah aku dan depan betul umah kakak...best sangat..


ayu..ko kena tahu yang aku sayang sangat kat ko..dan aku ada ko ngan kakak ngan faisal ngan ain ngan faris, mak abah..hish tak tersenarailah...disekeliling aku yang membuatkan aku tersangat bahagia....


ari nie...syahdu jer kat opis..ramai yang cuti...eh..tetiba kuar pulak lagu kat mp3 nie...puasa pun blum...mak rindu kat mak..................................................................

Wednesday, July 8, 2009

.selalu ada..kau selalu ada..


.hish..jiwang betul bila dengar lagu dealova nie..buat aku jatuh cinta seribu kali lagi kat ahmad faisal anwar......


aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu...
aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu....
karena langkah merapuh tanpa dirimu...
ooohh..karena hati tlah letih....
aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh...
aku ingin kau tau bahwaku selalu memujamu....
tanpamu sepinya waktu merantai hati...oh bayangmu seakan akan....
reff
kau seperti nyanyian dalam hatiku yang memanggil rinduku padamu..
ooohhkau seperti udara yang kuhela kau selalu ada....
**hanya dirimu yang bisa membuatku tenang...tanpa dirimu aku merasa hilang.......dan sepi......

sambung...

...dan aku semakin sakit ...misi kat wad tu..byk kali round..urut belaknglah...ajar aku bernafas ngan betullah..dan yg paling ngeri bila nak wat ve...
bila buat ve..bukaan baru 3 cm..argh..lambat lagi..tapi sakitnya..hanya ALLAH yg tahu...betullah...ibu adalah segalanya...
masa tu..aku hanya ingat..klau aku mati masa nie..camner yek..amal pun tak byk lagi..faisal yang aku cinta..aina..mak , abah, kak nana...amal adli..abg iz..adik ejul...hish..ya ALLAH panjangkan umurku....
bila aku dah tak tahan sangat..aku request nak ubat tahan sakit..rasa lagi sakit dari nak bersalinkan aina dulu..
doktor pun dtg..nak bagi ubat kena check dah buka berapa..tgk-tgk dah 7 cm dan yang paling suprise baby dijangka akan keluar muka dulu...kira tak normal skit lah..mungkin aku akan di operation..................................................................................................3.00 pagi 22.3.2009..doktor ambik no tepon faisal..nak minta faisal dtg...sepanjang malam masa aku sakit tu..aku tak call sesapa pun..w/pun faisal..aku taknak dia risau dan dia kena jaga aina kt rumah ...dan sepatutnya doktor kata sakit aku nie akan berlarutan dan akan bersalin pagi sok..jam 8-9 pagi...masa tu..aku rasa sempatlah faisal dtg..tapi tak sangka pulak..lain jadinya...
dalam masa yang sama..dtg doktor pakar..check ve aku..dan dia decide aku boleh bersalin normal..dengan muka baby akan keluar dulu.kes nie dinamakan kelahiran 'face presentation'..tp dotor dah bagitau awal-awal..muka baby akan bengkak skit..dan aku pun dimasukkan dalam dewan bersalin....
dalam dewan bersalin..............macam biasalah ...SAKITTTT..........tepat jam 7.00 pagi...faris lahir....syukur pada ALLAH....

Tuesday, July 7, 2009

sambung balik...yang makyah tau aku dah pecah ketuban sbb.. masa aku kat luar dia panggil aku ..nak mintak tolong anta hadiah kat rizal..aku bg tau dia aku nak gi GH dah nie...dan aku pun stanby apa-apa yang patut...
dalam perjalanan ke GH.. kt traffic light wong ah jang..ada satu mamat tu..u turn lari sbb ada polis..gedegang langgar bumper elantra...hish nasib baik tak pape...terkopek skit jea kat plat no..dan waktu tu pun aku tak sakit lagi..cuma aku makin lenjun..dan air turun tak henti-henti...sampai kat GH..faisal terus bawak aku kt pusat bersalin risiko rendah..proses check -mengcheck pun bermula ,ecg dibuat dan aku ok jea..sikit pun tak rasa sakit..risau gak..agaknya ini yang org kata kalau tanda air tak sakit..berbanding kuar tanda darah..sakit skit...
tapi air makin kurang..akhirnya doktor masukkan aku kat wad memandangkan due date tepat dan air dah kuar byk..

kat wad..aku masih tak rasa sakit dan rasa nak makan macam-macamlah...mak, abah dtg..siap mak bawak burung puyuh goreng..huish..best btul...sian mak masa tu..dia baru habis cuci darah..nampak penat..
dan yang paling aku kesian aina ngan faisal..kulu-kilir jea..risau agaknya..
petang tu bila semua org dah balik..lepas mandi..baru aku ada rasa skit sakit....dan sakit dan sakit...
lepas maghrib.. faisal ngan aina sampai..aku suprise sgt..ingat diorang tak dtg.sbb doktor kata aku mgkn akan bersalin esok 22.03.2009...masa tu..aku dah rasa sakit yang kerap..
pukul 10.30..dtg misi nak bwk aku g scan...masa tu dah rasa sakit sangat...sakit yang tak dpt digambarkan ..cuma dpt dirasakan..dan hanya org yang rasa jea tau..camner sakitnya....
masa pun berjalan..dalam wad tu ada 4 org jea..2 dah bersalin 2 lgi belum..termasuklah aku yang dok sakit...
12.00 malam..aku berlawan sakit ngan kakak kt depan katil aku..cikgu zan bkt sekilau...masatu aku rasa lambat sangat masa berjalan..tarik nafas..lepas nafas..dan macam-macam aku buat..utk kurangkan rasa sakit...pun begitu..sakit makin kuat...............

..aina anak umi..

..sejak faris lahir..banyak sebenarnya benda yang aku nak tulis..tapi masa jea yang tak cukup..asyik sibuk jea memanjang..
nak recall balik citer sebelum bersalinkan faris...

21.03.2009...
..hari sabtu yang damai..aku bangun agak awal..teringat cakap-cakap semalam ngan faisal..'abang..umi rasa dah bersedia sangat nak bersalin nih...'.cam riak jea bunyiknyer..Ya ALLAH ampunkan aku..
lepas kemas lebih-lebih kurang buku-buku aina..aku baring balik dalam bilik..penat sangta rasanya..entah berapa lama aku terkebil-kebil, aku tertidur balik...tetiba aku terjaga bila..bunyi pop...dan habis basah dan lenjun jugaklah cadar ngan tilam aku...halamak..air ketuban dah pecahlah..dah tibalah masanya...pelan-pelan aku panggil faisal...aku bangun dan trus gie mandi..sikit pun tak rasa sakit..magiclah aku rasa sbb.. masa aina dulu..aku rasa sakit terus...siap aku mandi..faisal kejutkan aina...dan kami pun keluar nak gi GH...
kat luar...aku nampak rizal sibuk-sibuk nak berangkat untuk pegi akad nikah dia..sori rizal n ima..kak elin tak dpt join..dalam masa yang sama makyah panggil...dan siap pesan bawak banyak skit kain batik..sbb.. aku dah lenjun..dan dah tukar banyak sgt kain batik.....dan aku masih tak sakit.......
sambung ar nanti...makan time

7.7.2009

..syukur pada ALLAH..saat nie aku masih bernafas dan masih mengecapi bahagia hidup..disamping suami yang tercinta..anak-anak..adik beradik...mak abah dan kawan-kawan...
naik dari bercuti panjang..abes pantang dan cuti bersalin daa...aku dapat suasana baru kat opis..unit ukur bahan dipindahkan kat dalam bilik sulit...fuad ckp..kita akan di akuariumkan...huish..camner tu..tapi..tak best langsung..kan best duk kat luar tu..leh berjimba-jimba...
.........alamak...maleh pulak rasa nak nulih..stop ar..

Thursday, June 25, 2009

Friday, June 12, 2009

ahmad faris adani bin ahmad faisal anwar

alhamdullilah..syukur pada ALLAH. aku ngan faisal dah ada sepasang cahayamata..dan aina akhirnya dah ada adik...faris..ummi ngan ayah ngan kakak bahagia ada faris..semoga kebahagian ini kekal dunia akhirat...

Wednesday, February 11, 2009

..hihihi...

Now reading blogs from Schrosky One Eight Seven,
Hey semua, tak pernah2 aku buat blog, tapi ni, kena share, tak leh simpan sorang. Siape yang terasa tu, selamat lah.. Yang tak, enjoy :)

> PUISI......
>
> Isteriku ,
> jika engkau bumi,
> akulah matahari.
> Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
> Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
> Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa
> akan silauan ku.
> Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
> malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
>
> Lalu......
> Relakanlah aku menyinari planet lain,
> menyampaikan faedah adanya aku,
> kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet lain...
>
>
> *** Balasan Puisi sang isteri***
>
> Suamiku,
> andai kau memang mentari,
> sang surya yang memberi cahaya,
> aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet
> yang
> telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku
> perlukan cahayamu
> dan....
>
> akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran
> mu...
>
>
> AKAN TETAPIIIIIIII. .
> Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt
> sahaja,
> jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
> Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau
> terangi.
> Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
> di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku
> mengerti...
> Cuba lihat siapa dirimu...
> MATAHARI atau lilin ?
> atau jangan-jangan
>
> cuma mancis saja!!!!!
>
> please lah....!!!
>

Sekian... Wasalam...

FIRAS NUR HAIQAL....

fisha..tahniah....akhirnya lahirlah FIRAS NUR HAIQAL ....semoga hang..fisha..jadi ibu yang terbaik di dunia...amin...

...trimister 3.........

alhamdullilah..last aku update blog september 2008...skang dah februari 2009...banyak perkara yang berlaku...maksudnya dah 6 bulan berlalu....
keputusan pekse ari tu pun dah kuar.syukur..lulus dengan jayanya..
tinggal 3-4 minggu lagi due date aku...
skang pun aku dah pindah masuk rumah sendiri...excited btul faisal..skng dia dok sibuk ngan kerja-kerja landskap dia...
aina pun dah masuk 5 tahun..makin hebat tumbesaran aina...still sekolah kat azid...
hishh..bayak sebenarnya nak citer tapi tak tertulislah...