Labels

Thursday, August 6, 2009

nifsu syaban

Assalamualaikum w.b.t…

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita
selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang
baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula
sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb
sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya’aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya’aban, jumaat malam)

Solat sunat nisfu sya’aban, 2 rakaat

Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x

Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya’aban, jumaat malam)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik….

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

Baca doa nisfu Sya’aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (Khamis)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa

2. Malam Pembahagian Takdir

3. Malam Rahmat

4. Malam Berkat

5. Malam Pengampunan (Taubat)

6. Malam Penebusan

7. Malam Syafaat

8. Malam Penulisan

9. Malam Keagungan dan Kemuliaan

10. Malam Rezeki

11. Malam Hari Raya Para Malaikat

12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya’aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya’aban maka Allah haramkan
tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah
Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) :
pada malam nisfu sya’aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke
langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku
perkenankan permintannya , adakah orang yang meminta ampun maka aku
ampunkannya , adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan
diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang
yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu
sya’aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit
sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua’alam

No comments: