Labels

Thursday, January 26, 2012

kotak cinta....

“Sudah berkahwin nanti, senanglah hati. Tidak perlu runsing-runsing lagi” kata Ali.

“Baju pun tak payah basuh sendiri. Sudah ada washing machine pelbagai guna!” sampuk Amir.

Semua ketawa.

Berderai-derai, meraikan hari-hari akhir bujangnya Ali.


Biar pun semua rakan ketawa, hati Ali ada gelisahnya. Dia tahu, pandangannya terhadap Alia, bakal isterinya itu, jauh lebih mulia daripada gurauan rakan-rakannya. Dia berharap agar perkahwinannya itu nanti akan menjadi mahligai hidup. Bayangannya banyak dibantu oleh drama, novel, dan kisah mulut ke mulut yang didengari selama ini.

Malah sebahagiannya adalah bayangan ciptaannya sendiri.

Perkahwinan itu indah.

KENANGAN LALU

Peristiwa gurau senda Ali bersama rakan-rakannya di kedai mamak itu sudah lama berlalu. Sudah lima tahun Ali dan Alia mendirikan rumahtangga. Mereka juga sudah dikurniakan dua orang cahaya mata yang comel. Ia benar-benar seperti watak-watak mahligai hidup yang pernah dibayangkannya dahulu. Dua insan sebagai pasangan yang sempurna, sepasang cahaya mata, seorang lelaki seorang perempuan… mereka bahagia.

Sepatutnya.

Tetapi ada sesuatu yang tidak kena. Apabila Ali melepak bersama rakan-rakannya, beliau gembira. Ketawa. Walaupun ketawanya tidak sampai ke lubuk hati, namun cukuplah sesi itu menjadi ‘panadol’ yang melegakan. Akan tetapi, apabila Ali pulang ke rumah, serabutnya datang semula. Melihat Alia, dan merenung keletah anak-anak, ia tidak lagi menyejukkan mata. Ia memanaskan emosi.

Apakah mengahwini Alia merupakan tindakan yang betul?

Jika cinta di luar perkahwinan banyak halangan, mengapa selepas halangan-halangan itu hilang, perkahwinan tidak memberi bahagia?

HAKIKATNYA

Dalam perkahwinan tiada cinta.

Ia seperti sebuah kotak yang kosong.

Cinta hanya ada dalam diri manusia.

Maka manusialah yang mengisi kotak perkahwinan itu dengan cinta.

Apabila manusia mula berhenti mengisi kotak perkahwinan itu dengan cinta, ia kembali menjadi sebuah kotak yang kosong.

Hukum perubahan, antara kebahagian dan kesengsaraan sentiasa Allah letakkan pada firman-Nya:




“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa-apa yang ada pada sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” [Al-Ra'd 13: 11]

Perkahwinan, medan memberi.

Banyak mengambil kurang memberi, perkahwinan kembali menjadi kotak kosong, sebuah penjara!

Bahana Cinta – Al Wadi

Mengapa ku bercinta dengan kehidupan yang sebentar
Mengapa hati ini terpaut pada insan yang diciptakan
Sedangkan perjuangan merebut cinta Tuhan
Lebih suci dan utama
Terkorban diabaikan

Mengapa ku bercanda dengan badai perasaan
Sehingga bercemamai keimanan ku gadaikan
Sedangkan nun di sana perjuangan memerlukan
Pengorbanan perwira dan serikandi yang sedar

Begitulah bahananya cinta pada dunia
Memunahkan cinta hakiki Ilahi
Memberi kekecewaan di hati sanubari

Berapa ramai insan mendamba pada dunia
Keremajaannya dipandu angan-angan palsu
Terpesona jiwanya dan terpudarlah imannya
Perjudian angkara perasaan yang inginkan perhatian

O Tuhanku ku rafa’kan
Ke hadrat-Mmu pengharapan
Pimpinlah hamba-Mu ini
Agar tidak terpedaya lagi

Wednesday, January 25, 2012

titik...titik...titik....

Hakikatnya tiada siapa yang inginkan perasaan sepi itu, walau sejauh mana kita nak lari darinya ia tetap ada, perlukah dipertahankan satu rasa yang kita pasti tak kesampaian atau perlukah kita pertahankan sebuah kehilangan yang kita pasti kehilangannya jua suatu hari nanti atau kukuhkan sebuah ikatan yang terbina hanya di atas keruntuhan semalam, dikutip dari serpihan hati yang telah hancur berkecai?
Tatkala anda tidak mampu menjawab soalan-soalan seperti ini, ketahuilah sepi itu indah. Ketika anda tidak pasti untuk memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang lahir dari hati anda sendiri, itu tandanya sudah sampai masa untuk berangkat pergi. Kala itu sepi lebih indah dari sebarang bunyi.


Meninggalkan kepada yang pasti dan memulakan yang baru pasti lebih baik dari menanti yang kenyataanya tak akan datang.
Jika anda terus berteka-teki sedang teka-teki itu tidak akan anda temui jawapannya, ketahuilah sepi mengatasi segala nikmat.




Namun indahnya nikmat sepi itu jika bersulam kasih dan sayang kepada yang satu.
Maka katakanlah kepada diri, kali ini kita biarkanlah perpisahan ini, satu pengorbanan yang perlu kerana hidup ini hanya akan bererti bila tiba-tiba terasa kehilangan dan diperlukan, antara rela dengan tidak, “walau kau lebih tahu, tak ada yang lebih berharga selain darimu jua aku tak dapat melupakanmu, yang hakikatnya amat payah kita buang kerana kau telah lama bertakhta di hati” namun itu tidak cukup untuk kita meneruskan perhubungan ini lagi.


Perpisahan lebih bermakna daripada satu perhubungan yang amat menyusahkan. Tatkala anda berasa amat sakit oleh satu perhubungan, adalah lebih baik melangkah pergi.
Adakalanya kita perlu melangkat kebelakang untuk mengorak langkah lebih pantas ke depan. Adakalanya kita perlu menyepi kerana tatkala ini kadang-kadang ia lebih bererti dari satu perhubungan.
Katakan, “Aku berhenti berharap dan menunggu datang gelap sampai nanti satu saat tak ada cinta yang aku dapat, kenapa ada derita bila bahagia tercipta, mengapa ada sang hitam bila putih menyenangkan, aku pergi tanpa dendam, terima kekalahanku.”
Ada waktunya, sepi menjadi lebih indah kerana di saat itu kita ada ruang untuk mengingati dan merindui.
Cinta itu indah apabila ada urusan beri dan ambil. Jika hanya anda yang memberi dan dia tidak sudi semua urusan akan menjadi payah.
Tidak perlu merayu pada orang yang tidak sudi. Hati ini milik kita. Bawalah hati itu dan pergilah dari situ.


Sepi itu indah buat yang mengerti dan menyedari, walau derita yang ditanggung terkadang sepi itu membuat anda tenteram, mengajak hati anda menghayati setiap kejadian yang berlaku, bukan sepi yang membuat anda sengsara namun sepi akan menyedarkan anda yang dunia ini tidak selalu indah pasti ada duri-duri didalam setiap cerita yang ada di hati kita.
Sepi itu terkadang boleh membuat anda terlena dalam mengapai apa yang ingin hati miliki, hati ini telah membuat anda sepi dalam segala-galanya namun sepi itu membuat anda tenang dan membuat anda tersenyum walau terjatuh beribu kali , anda tetap bahagia kerana itu sepi adalah penawar kepada segalanya dan anda harus mengikhlaskan hati kepada sepi.
Sepi mengajak tangan kita agar mengambil atau mengutip setiap yang berharga di teratak hati kita. Didalam solat yang kita lakukan sepi jua yang membuat kita mengingati padaNYA, tidak salah menyepi yang penting didalam hati kita sentiasa mengingati Allah swt.


Semoga sepi itu mengajak kita kejalan kebenaran, bukannya mengajak kita jauh dari jalan yang sebenarnya, mengingati Allah swt lebih berharga dari sejuta sepi yang ada pada hati kita, kerana itu sepi yang indah pasti akan lebih bererti jika didalamnya penuh dengan nama-nama Allah swt, ucapkanlah dikala sepi mahupun kecewa, nikmatnya lebih berharga dari segalanya .

sorry copy article...n tqvm..

Friday, January 20, 2012

..mencari pelangi...

Tidak bermakna jika siang tanpa matahari dan bulan pula pastinya menghiasi kesuraman malam... mahu atau tidak, itulah rutin bulan dan matahari..


PELANGI...


Kita tak pernah bertanya, mana pelangi.. kenapa ada pelangi..


Pelangi tidak memberikan makna selain dari menunjukkan keagungan ciptaan yang maha Esa... ia hanya memberikan ketenangan kepada sesiapa yang melihatnya, melalui keindahan warna nya..


Bila ada pelangi, kita akan leka melihatnya dan menikmati keindahan warnanya kerana kita tahu, saat untuk menikmati keindahannya itu tidak kekal lama.. ianya pasti akan pergi dan tidak menjanjikan waktu untuk kembali...
dan kita terpaksa akur dengan aturan itu...


bila tiada pelangi, rindu untuk melihatnya lagi akan bertandang dan kita tertanya-tanya.. mana pelangi.. dah lama tak nampak pelangi..kan best kalau ada pelangi..


tapi apakan daya, kita tidak boleh memaksanya untuk datang kepada kita...


Pelangi mengajar kita supaya jangan berharap untuk melihatnya lagi kerana tiada apa yang dapat menjanjikan akan kemunculan nya lagi ... Apa yang pasti, ia tetap wujud walaupun bukan bersama kita..

Wednesday, January 4, 2012

Rapuh...

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu