Wednesday, June 27, 2007
aku b +...
Blood type and Rh
How many people have it?
O +
40 %
O -
7 %
A +
34 %
A -
6 %
B +
8 %
B -
1 %
AB +
3 %
AB -
1 %
Does Your Blood Type Reveal Your Personality?
According to a Japanese institute that does research on blood types, there are certain personality traits that seem to match up with certain blood types. How do you rate?
TYPE O
You want to be a leader, and when you see something you want, you keep striving until you achieve your goal. You are a trend-setter, loyal, passionate, and self-confident. Your weaknesses include vanity and jealously and a tendency to be too competitive.
TYPE A
You like harmony, peace and organization. You work well with others, and are sensitive, patient and affectionate. Among your weaknesses are stubbornness and an inability to relax.
TYPE B
You're a rugged individualist, who's straightforward and likes to do things your own way. Creative and flexible, you adapt easily to any situation. But your insistence on being independent can sometimes go too far and become a weakne ss.
TYPE AB
Cool and controlled, you're generally well liked and always put people at ease. You're a natural entertainer who's tactful and fair. But you're standoffish, blunt, and have difficulty making decisions.
nangka..
rabu..
masa beli mee kat lepeh..gie klinik jap...ambik vitamin aina.aina skang dah banyak permintaannya..dah besarlah katakan...malam tadi masa gie giant..macam-macam dia mintak..sekali ayah dia jeling..trus pandang tempat lain...tapi tangan tu dah pegang dah menda yang dia nak..aina.. aina..kalau takde duit.takleh bawak dia gie window shopping..naya sat gie..
malam tadi sibuk hubby aku mengemas segala macam kat bilik buku aku...sian pulak aku tgk..dok sibuk cari sijil manik kayu dia..nantilah aku tolong cari yek..semalam aku btul-btul tak larat..sori bang..
ari nie dah ari rabu, sekejap btul masa berlalu..sok lusa dah ari khamis jumaat...jumaat senamrobik lagi..
aku ,sebenarnya bukan tak suka senamrobik..yelah tuk kesihatan jugakkan..tapi leceh nak slin baju..mandi...nak balik malaslah pulak.kalau balik pun aina takde..hubby aku dah gie skolah..baik aku duk kat opis jea..membuta..he..he..
lagi satu..yang minggu lepas punya citer..aku tak pueh hati skit kat salun murni bawah nie./..aku ngan zai nak wat facial..adalah 2 orang customer..tgh cuci kuku..aku tanya lama lagi ke dik..dia cakap dah siap kak.aku tunggu...tunggu...tunggu...punyalah lama tak sudah-sudah..last-last aku blah jea...sambil cakap ..takpelah dik..yelah kalau tak siap lagi jgnlah kata dah siap...lenguh tu aku tunggu..last..aku naik atas..tido,lagi bagus..he..he...
bos mtg skang..sumer orang minum...sunyi jea skang nie...dengar siren ambulan jea skang...sapelah sakit tu yek...sian dia...YA ALLAH ENGKAU KURNIAKANLAH KESIHATAN YANG BAIK UNTUK AKU,KELUARGA,SAHABAT DAN SEMUA UMATMU DI DUNIA INI...AMIN...
Tuesday, June 26, 2007
ALLAH MAHA BESAR.....

Subhanallah....semoga kita sentiasa beringat hendaknya...
AMBIL IKTIBAR WAHAI ORANG YANG MEMPUNYAI PENGLIHATAN ! GAMBAR INI
DIRAKAM SECARA TIDAK SENGAJA OLEH NASA. TERDAPAT OBJEK
DILANGIT YG PECAH... DLM BEBERAPA BULAN YG LEPAS DALAM AKHBAR AL-AHRAM DAN
LAMAN WEB NASA IANYA MENJADI BUKTI DALIL KEBENARAN
ISLAM.........ALANGKAH BENARNYA ALLAH S.W.T BERFIRMAN;
"SELAIN ITU SESUNGGUHNYA (NGERI) TATKALA LANGIT PECAH-BELAH
LALU...MENJADILAH MAWAR MERAH, BERKILAT SEPERTI MINYAK" ***
AYAT INI MENGGAMBARKAN KEHANCURAN ALAM LANGIT KETIKA HAMPIR KIAMAT
BERINGATLAH DAN JANGAN ALPA KEPADA
KEDUNIAAN..................PERBANYAKKAN KEBAJIKAN DUNIA DAN
AKHIRAT.................. DUNIA KIAN HAMPIR KE AKHIR ZAMAN....
selamat ari selasa...
hari ni byk btul program.jap lagi mtg technikal dept.pas tu kang 2.30 pm ada mtg PUSPANITA..aku rasa cam tak nak gie jea mtg PUSPANITA nie..takpe kot tak pegi...pastu ari nie byk keje nak buat...mlam tadi hujan lebat sangat...dan satu lagi..malam tadi gak aku gie beli barang dapur.mak oi...ramainyer orang sampai kena tunggu orang nak guna troli...tak pernah aku beli barang dalam ramai orang cam malam tadi..pening kepala aku..pagi nie aku sampai awal..sumer traffic light yang aku tempuh warna hijau...ada untonglah ari nie...ada onggg.....ha..ha..dengar kak na cakap...dato ceo nak jumpa bos...tak jadi mtg dept...yeha............yabedabedu....hah kan dah untung tu....
Monday, June 25, 2007
anni patrick...

junior aku masa town planning...tapi lebih senior dari umur dan pengalaman...kadazan dusun...berasal dari tambunan sabah...aku dak lost contact ngan dia lebih 8 tahun...setiap hari dalam hati aku...mesti ada nama anni...aku mmg cukup rapat ngan dia...tapi tah camner no tepon yang dia bagi tak dpt nak kontek lagi...puas aku cari balik no-no yang aku rasa berkaitan tapi tak dapat..ada juga aku call dorothy tapi dia pun tak dapat kontek....aku call erin...sumer tak dapat kesan anni..try anta surat..tp takde balasan...kalaulah anni atau sesiapa yang kenal anni baca blog aku nie...tolonglah...aku rindu nk dengar sore dia....
nafisah abd rahman....

Kenangan terindah...teringat sangat kat fisha...dah terbang jauh kawan baik aku tu...fisha..nice person...aku rindu sangat kat dia sebenarnya...terlalu rindu....
since fisha kat sabah...aku harap sangat dia terjumpa annie patrick...kut-kut ternampak kat shopping mall..takpun kat tg aru...fisha..anni...aku rindu saat-saat kita bersama dulu...
monday morning....

alhamdullilah...sampai dah kat pejabat..ari nie..pagi isnin yang ceria..minggu nie pecah rekod btul..sekali jea makan kat mualaf ngan kat tc...yang lain sumer masak kat umah...semalam...bawak aina.adli,amal ngan kakak sekali gie tc..bawak bebudak main air sekejap..pas tu gie taman teruntum..tgk bear...pas tu bawak gie taman lalulintas...apalah aina..naik motor pun takut..sian anak aku tu...punyalah hangin bila dia taknak gerak lansung...
malam..aku tgk ghost whisper..memula faisal nak tgk ,aku bangkang abis habisan...tapi aku mengalah nak tgk..alamak nasib baik aku tgk...best giler citer tu..menyentuh emosi btul..pas tu tgk csi...sama gak..menyentuh emosi..sumer pasal anak..faisal pun camtu...emosi btul tgk citer-citer semalam...aina umi n ayah sayang aina...muah...muah...pas tu..aku tertidur..bila aku terjaga...aina dok sibuk bercakap ngan ayah dia yang tgh wat keje sekolah...alahai dah besar anak ayah..kata faisal...boleh teman ayah wat keje...aku senyum je mlam-mlm buta...ya ALLAH..Panjangkan nikmat yang Engkau Kurniakan..Semoga Keluarga kami bahagia di dunia dan akhirat...AMIN...
Friday, June 22, 2007
selamat tgh ari..
Thursday, June 21, 2007
hujan di luar sana..
selamat pagi kuantan...
Wednesday, June 20, 2007
ejul bertunang...

hari nie...baru dapat nak upload gambar adik aku bertunang..padahal nya dah nak kawen dah...adik aku lelaki,..yang pompuan tu kira-kiranya adik ipar akulah..camne rasa ada adk ipar yek?.....kat sebelah tu..mak aku yang tercinta sebelah aku ..kak nana..kakak sulung aku yang paling best dlm dunia nie...lg stu tu...wahida...bakal adk ipar aku...pas tu aku ngan aina..
hakikat tudung.
Kisah Benar - pls share with all Muslim ladies
Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis
yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki.
Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah
lakunya benar-benar membimbangkan ibu.
Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini
menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al_Quran.
Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik
memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali
berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.
Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, " = cuba
mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi
perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai
kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar
dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai
tudung, tak pernah buat macam tu!"
Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah
keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya
bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya
mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal
berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang
tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.
Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.
Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke 0rang yang baru pindah itu, isterinya
buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi
rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan
benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat
perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak
pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?
Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh.
Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung
campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya
katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!
Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya
untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak
merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan
saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca
Qur'annya, solat sunatnya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya
datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati
saya..
Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di
satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana , saya mendapat
khabar bahawa adik sakit tenat hingga = ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah
saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT
agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.
Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar,
tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis ..
saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........ dalam esak tangisnya ibu
memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air
mata ini tak dapat ditahan lagi...
Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya
lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat
adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya
buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri
dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi ketika adik baru
pulang dari rumah Abu khoiri..disitu tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami
itu.
Butirannya seperti ini:
Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)
Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti
bidadari
"mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"
Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang
dari lubuk hati
Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan
cantik??
Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT.
Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?
Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai
tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau
saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak
wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak
pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat mak
cik bagaimana?
Isteri jiranku : Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh
wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala
sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya
akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah
perlindungan untuk wanita ..
Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya
tak elok..
Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami...
Annisa : apakah hakikat tudung ?
Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin,
lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu,
lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang
sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT,
lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat
baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium
segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat
sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat,
lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan
untuk memperdayai nafsu kamu, indungi hati kamu dari sesuatu selain
Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan
menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung..
Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung...mudah
mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua
tu?
Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan
dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila
kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan
amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan
Allah SWT. Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia
akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh
manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu
padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada
rumput mahupun tumbuhan , ketika tujuh matahari didekatkan di atas
kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia
ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya , anak tidak
mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi,
antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih
berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan
barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada
saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya
akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang
tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika
dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti
syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum
pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun
manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah
sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai
Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah
dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha
Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . .
Allah SWT. Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini
tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang
jatuh dari pelupuk matanya..
Subhanallah ..
Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil
dibawah tulisan itu "buta, tuli dan bisu.." wanita yang tidak
pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah
mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT , wanita
tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa
dan sia sia..
"Tak tahan airmata ini pun jatuh". Semoga Allah SWT menerima adikku
disisinya..Amin..Subhanallah
saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua.
Wassalam...
Tuesday, June 19, 2007
ari ni..byk keje kena setel..claim rising profile..claim aman trading..costing hartanah..apa lagi yek..?takpelah..kang aku ingat aku update kan lg....
Monday, June 18, 2007
zai..marlia..aku..

tengok gambar nie..teringat de rhu...kekadang best juga gie kursus..rasa cam masa blaja dulu...skang zai dah lembik...maklumlah pembawakan budak...sian dia..tak boleh makan...takpelah zai... nak jadi ibu mmg kena sentiasa berkorban
marlia..kawan aku masa study...suprise bila round kenalkan diri masa memula dapat keje...nampak lia...dia pun terkejut tgk aku dah gemuk...uiks...dah gemuk sangatkah aku nie?...
solat..
1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
taman kerang..



lama rasa tak pegi taman kerang...
aina paling suka pegi...sebab bolehlah dia bersuka ria kat padang mpk tu...lagi-lagi kalau bawak bola...terkedek-kedek dia lari...ada satu ari tu...aku nyorok belakang pokok...aina yang dok sibuk sepak bola perasan aku takde..punyalah dia gabra..kesian tengok muka dia...dia melalak...umi...umi..umi...sian pulak aku tgk..tak sampai ati biar lelama..aku pun kuar dari tempat aku menyorok tu...hish...sian tgk dia...siap nangis kuar hingus lagi...alahai aina....
happy fathers day...
selamat pagi isnin....
best betul ari nie...rasa semangat nak gie keje..maklumlah semalam baru balik dari umah mak...bestnye duduk kat kampung...tenang dan damai..
sepatutnya ari nie aku kena pegi site visit..tapi..biarlah dulu...sok-sok aku pegi..sori bos...
Friday, June 15, 2007
kuantan yang permai....
solat..

perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat...sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat:
1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan kembali
dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah.
2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.
Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir.
Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.
1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :
i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).
Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan
3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut.
Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.
4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu"
5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari
anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari shj). Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.
6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :
i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki
ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.
7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu
kita bangun atau kedua2 tgn.
8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "....illallahh. .." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi
salam.
9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh
mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita.
Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah. Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.
10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoala dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa. Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para hadirin bahawa kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu. Antaranya:
- Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai
kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah.
Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan
2 lapis kain). Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan
sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.
- Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa
telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini). Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis. - Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Adayg berlubang2 sehingga di
belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut pjg, jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 iniakan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.
- Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. kita kena ingat, inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi. Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna. Biar susah sekarang, jgn susah di alam baqa'.
- Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada salah dan silap, harap dimaafkan. Segala yg baik itu dtg dari Allah s.w.t. dan yg buruk itu dari saya.
Wassalamu.
** Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.. **
15.06.2007....jumaat....
Thursday, June 14, 2007
teringat kuarters....seribu kenangan
Ibu bapa merupakan orang yang wajib kita hormati dan taati.Perintah mentaati keduanya jelas termaktub di dalam Quran dan Hadith. Mengecilkan hati, melawan atau mengherdik keduanya dianggap sebagai derhaka.
Menderhaka kepada ibubapa adalah satu dosa besar dan tidak akan mencium bau syurga; meskipun banyak beribadat kepada Allah. Allah tidak menerima ibadat orang yang derhaka kepada ibubapa. Dalam satu hadith, Nabi Muhammad saw bersabda bahawa keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan kedua ibubapa. Ini bermakna jika ibubapa suka kepada kita, Allah turut meredhai kita. Sebaliknya jika mereka marah dan berkecil hati kepada kita, Allah turut murka kepada kita.
Pernah seorang sahabat mengadu kepada Rasulullah tentang perangai ibunya yang suka meminta-minta kepadanya. Baginda marah dan menempelak sahabat itu dengan mengatakan bahawa bukan saja dalam harta malahan dalam dirinya sendiri ada hak kedua ibubapanya. Jelas ibubapa mempunyai hak terhadap apa saja yang ada pada kita. Sejak kita di dalam kandungan, ibu menanggung segala kesakitan dengan penuh sabar.
Begitu juga setelah dilahirkan, ibu mengasuh dan menjaga kita dengan penuh kasih sayang. Jika kita sakit, ibu tidak lelap tidur. Mereka berkorban apa saja untuk kita. Tetapi setelah kita besar dan boleh berdikari, sanggupkah kita mengecewakan hatinya. Oleh kerana besarnya pengorbanan ibubapa terhadap kita, maka sewajarnyalah Allah mewajibkan kita mematuhi mereka. Ganjaran di atas layanan kita terhadap ibu bapa dibalas oleh Allah tunai semasa di dunia lagi. Contohnya, jika kita mentaati mereka, anak-anak kita akan taat kepada kita. Sebaliknya jika kita menderhaka kepada mereka, anak-anak kita akan derhaka kepada kita pula. Nabi Muhammad saw pernah bersabda: "Barangsiapa semasa paginya mendapat keredhaan ibu bapa, nescaya dibukakan baginya semua pintu syurga. Sebaliknya jika semasa pagi lagi telah menyakiti hati ibubapa, nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka." Kita sebenarnya tidak berdaya membalas jasa ibu dan bapa. Hakikat ini perlulah kita insafi. Jika mereka tidak wujud di dunia, kita juga tidak akan lahir di dunia ini.
Oleh sebab itu, kita digalakkan mendoakan mereka setiap kali selepas solat. Jika mereka masih hidup, layanilah mereka dengan sebaik-baik mungkin. Tetapi jika sudah meninggal dunia, selalulah menziarahi tanah perkuburan di samping mendoakan kesejahteraannya. Buatlah sebarang kebajikan seperti sedekah dan niatkan pahala untuk arwah ibu dan bapa. Mereka akan menerima pahala tersebut. Inilah sahaja bukti ketaatan yang dapat kita tunjukkan terhadapnya.
Akhirnya, ingatlah pesanan Nabi saw: "Khabarkanlah berita gembira ini kepada mereka yang berbuat baik kepada ibubapa: Buatlah apa saja bahawasanya Allah Taala telah mengampuni mereka. Dan khabarkan berita buruk kepada mereka yang menderhakai ibubapa, buatlah seberapa banyak ibadat yang disukai, bahawasanya Allah Taala tidak akan memberikan keampunan sedikitpun kepadanya." "Ingatlah anak yang berbuat baik kepada ibubapa tidak akan masuk neraka. Dan anak yang derhaka kepada mereka tidak akan masuk syurga."
hari aina...



to my beloved........
Dealova
Once
aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu...
aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu....
karena langkah merapuh tanpa dirimu...
ooohh..karena hati tlah letih....
aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh...
aku ingin kau tau bahwaku selalu memujamu....
tanpamu sepinya waktu merantai hati...oh bayangmu seakan akan....
reff
kau seperti nyanyian dalam hatiku yang memanggil rinduku padamu..
ooohhkau seperti udara yang kuhela kau selalu ada....
**hanya dirimu yang bisa membuatku tenang...tanpa dirimu aku merasa hilang.......dan sepi......
back to reff
Dedicated song to my Hubby Faisal & my beloved baby aina…………
love both of you so much….ummi aina






























