Tuesday, June 26, 2012
Semoga ada yang sudi menyambung dan memberi kasih sayangku pada dia apabila aku tiada nanti...
Semoga ada yang akan memeluk anakku untuk dia rasakan yang dia sentiasa dalam keadaan yang selamat...
Semoga ada yang akan mengucup dahi anakku semasa dia tidur…
Semoga ada yang akan menyuapkan anak ku makan dan minum…
Semoga ada yang akan mandikan dan siapkan anakku setiap hari…
Sesungguhnya aku takut untuk terus memikirkan yang lain-lain, tetapi aku redha akan ketentuanMu Illahi.
Ya Allah..padaMu aku memohon, berikanlah aku kesihatan yang baik. KepadaMu jua aku meminta berikanku perlindungan
Panjangkan umurku Ya Allah, bagilah aku kesempatan membesarkan dan memelihara amanahMu sehingga dia dewasa.
Berikanlah aku kekuatanMU Ya Allah. Hanya padaMu aku berserah Ya Allah.
Kau Maha Pengasih..Maha Penyayang. Maha Pengampun .Maha SegalaNya. Amin
dunia...sementara...tinggal sepi..
ermm....banyak yang tinggal dalam hati dan fikiran ummi..cuma tak terluah oleh perkataan..life sekarang semakin sibuk...dengan faris fahmi yang semakin lasak membesar..dengan aina yg makin kuat merajuk..rutin harian yg maha sibuk...latihan gymnastik aina setiap hari...semua tu buat ummi makin kuat...kuat dan kuat...
hari-hari ummi skang dipenuhi bunga-bunga dikeliling ummi..bunga-bunga aina faris dan fahmi...walaupun penuh duri..ummi tarik satu-satu duri-duri tu.... ummi JANJI...takkan ada satu duri pun akan melukakan anak-anak ummi...
Subscribe to:
Comments (Atom)
