Labels

Monday, March 31, 2008

copy..

(Manusia dan peristiwa) copy from email 31.03.2008

Dahulu, sebelum kita datang ke dunia ini, kita adalah hampir dengan Allah di alam arwah..

Sekarang di dunia, antara kita dan Allah sudah ada dinding pemisah yang menyebabkan kita tak nampak Allah, dan hanya hati sahaja satu saluran yang boleh menghubungkan kita dengan Allah, tapi bila hati ada kecintaan pada selain Allah, maka makin jauhlah kita dari Allah..oh!

Tahukah korang, apakah tandanya kita jauh dari Allah?
Terdapat tiga tanda yang menunjukkan kita jauh dari Allah…, kejap lagi aku cerita..

****

Dalam kedingan subuh itu, aku memulakan aktivitiku dengan membuang air besar, selepas membasuh air besar aku sebenarnya di wajibkan oleh Allah untuk terus mandi kerana hadasku juga sudah besar,

Ku berus gigiku, ku sabun tubuhku, ku shampoo rambutku, ku kencing dan ku berak…

Hari ini aku mandi sendiri, esok esok orang akan mandi mayat aku, perut mayatku akan di tekan dan tahik akan keluar…, hari itu pasti akan datang!!

Hari aku menjadi mayat, di baringkan dalam lubang kubur yang sempit, dan di alas dengan sehelai kain putih..

*****

Maka sebagai seorang islam, dalam kedinginan subuh tetap kena pergi solat subuh berjemaah, sampai bila nak solat subuh berjemaah? sampai jadi mayat…insyAllah

Namun, masjid tak ramai orang islam datang solat subuh berjemaah, macam kat kedai emas saje bilanganya… , takde 'duit' ke nak beli 'emas'? bilakah masjid akan di banjiri manusia macam jom heboh atau perkampungan hadhari?

Berbalik pada tiga perkara yang menunjukkan kita jauh dari Allah :

Pertama:
Kita suka menangguhkan taubat… (aku ler ni..isk)

Kedua:
Kita tidak berpuas hati dengan kehidupan, harta rasa sikit, kereta rasa kecik, rumah rasa sempit..

Ketiga:
Kita beribadat dengan malas…

Dan tahukah korang apakah yang menyebabkan kita mendapat ketiga tiga perkara di atas?
Jawapanya, kerana kita melupakan maut, melupakan mati dan melupakan mayat..

******

Pada awal Pagi itu, manusia telah berpusu pusu keluar dari rumah menuju ke tempat kerja masing masing, kenderaan mulai sesak di beberapa persimpangan, di hujung jalan kenderaan di laporkan merangkak rangkak dan ada tempat yang jam gile.., dan aku adalah seorang dari mereka… bukak radio sambil drive, dengar laporan kesesakkan lalu lintas..

Sayang pada waktu yang fresh, dan pada waktu keupayaan minda dan jasad berada di tahap optimum, kita menuju ke arah dunia yang sementara dengan sungguh-sungguh, sementara petang nanti pulang dari kerja setelah penat dan letih, barulah kita (aku ler ni) menuju ke rumah Allah.., sampai tertidur-tidur time ceramah..oh! hinanya aku..

*****

Tahukah korang pada saat dan ketika ini, satu angkatan tentera sedang menuju kepada korang, datangnya bala tentera yang berjumlah 500 ini adalah untuk menamatkan riwayat korang, langkahnya tidak pernah henti, semakin hari semakin dekat, dan hentakkan kakinya boleh menggocangkan jantung korang, sedangkan T-rex yang mara boleh mengkocakkan air di cawan, angkatan tentera ini jauh lebih dahsyat hentakkanya yang boleh mengkocakkan hati!!!..

TUNG! TUNG! TUNG!

Angkatan tentera ini sedang melangkah setapak demi setapak ke arah korang, tujuannya hanya satu, untuk 'membunuh' korang. Tiada seorangpun yang dapat menghalangnya. . Tiada mana mana bala tentera pun yang dapat menghalangnya. . Tiada sebarang kerajaan dunia pun yang dapat menghalangnya. .

Itulah tentera Malaikat maut yang menjalankan perintah Allah untuk memayatkan korang kerana AKU DAN KORANG sebenarnya, telah DI JATUHKAN HUKUMAN MATI SEBELUM KITA LAHIR LAGI!!!!

KITA TELAH DI JATUHKAN HUKUMAN MATI SEMENJAK DALAM PERUT IBU..

Tapi manusia, di waktu tengahari, ketika azan zohor berkumadang, mereka memenuhi Bank islam, zoo islam, pasaraya islam, kedai makan islam, muzium islam, perpustakaan islam, sedangkan rumah tuhan orang islam masih banyak saf kosongnya..

*****
Apa-apapun yang korang buat. Malaikat maut dan tenteranya sedang mara..

Dan.., Angkatan tentera malaikat maut ini telah mematahkan leher orang orang yang zalim dan kuat dengan MATI, dan telah mematahkan pinggang raja raja di singgahsana dengan MATI.

Dengan perintah Allah, malaikat maut telah tamatkan cita cita manusia yang mempunyai sejuta impian yang hebat dengan MATI.

MAUT akan menghantar korang dari mahligai yang tinggi ke lubang kubur di bawah bumi.
MAUT akan menghantar korang dari tempat yang bercahaya letrik ke lubang kubur yang gelap gelita.
MAUT akan menghantar korang dari dunia yang penuh pembantu, pekerja, kuli yang taat, namun kini korang terperangkap dengan ulat dan cacing di ruang yang sempit.
MAUT telah menukar makan minum yang lazat kepada debu debu yang akan menerjah ke mulut yang di penuhi air busuk..
Tidak ada lagi kawan kawan sebaliknya terpengkap dalam kesunyian yang menakutkan..
******

Matahari mulai tergelincir, manusia mulai pulang dari tempat kerja masing-masing, ada yang cedera di tempat kerja, tapi esok akan tetap datang lagi, ada yang bertekak dan bergaduh di tempat kerja, tapi esok akan tetap datang lagi..

Pernah tak kita cedera kerana ugama?
Dan jika kita bergaduh di masjid kerana berbeza fahaman ugama, kenapa terus tak datang masjid?

******

Wahai korang yang tidak bodoh, tahukah korang siapakah yang paling bodoh?
Benar!! orang yang paling bodoh adalah orang yang melupakan mayat, dan lupa membuat persediaan sebelum jadi mayat,
Takpe jadi mayat yang hodoh, tapi jangan sekali kali menjadi mayat yang bodoh dan hodoh..

Maka sebelum jadi mayat yang bodoh dan hodoh, aku dan korang kena sangat masukkan isu kematian dalam kehidupan korang..

Kerana, dalam dunia ini terdapat ramai manusia yang perasan sibuk dengan dunia, dan tidak suka dengan perbincangan mengenai mati kerana bimbang kelazatan dunia hilang., Jika di bincang tentang matipun, maka akan di bincang tentang keburukkan mati kerana dengan kematian itu, mereka akan kehilangan wang dalam bank, kehilangan harta tanah, anak isteri, kereta mewah, dan segala kelazatan dunia,

Maka pesan Nabi Muhammad 1400 tahun yang lalu(lebih kurang maksud)

Orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati Mati.
Dalam majlis majils kamu,harus di adakan perbincangan mengenai perkara yang menghancurkan segala syahwat iaitu mati.
Ingatlah mati dengan kadar yang banyak, ia boleh menghapuskan dosa dan menghapuskan cinta dunia.
Jika kamu mengetahu apakah keadaan kamu selepas kamu mati, nescaya kamu tidak akan ada selera makan dan tidak dapat menikmati kelazatan air.
Ingatlah mati dengan kadar yang banyak, ia boleh menghapuskan perasan meminta minta.
Tapi manusia masih perasan sibuk..di petang hari, setelah pulang dari kerja-kerja dunia yang memenatkan, manusia mulai menambah penat dengan bersukan sehingga maghrib…, dengan alasan nak hilangkan stress..

Dan di waktu malam, manusia mulai bergerak mencari hiburan, juga untuk menghilangkan stress…

Tengok wayang, tengok TV, lepak kedai kopi, berkaraoke dan lain lain.. nak hilangkan stress bang, dah sehari suntuk bekerja.., lantaklah..

Sesungguhnya sekiranya korang di ancam bunuh oleh sekumpulan gangster, apakah korang masih boleh berhibur dengan lagu? Masih boleh berseronok di pusat hiburan?
Masihkah??? Tak boleh tidur aku rasa,..

Ingatlah tentera malaikat maut tak pernah undur, langkahan mereka adalah langkaham maut…, datang untuk 'membunuh' korang
Namun korang di tika ini (dan aku), masih berhibur di sini sana… oh!

Di kubur sana, ada yang pandai menanyi tapi sekarang senyap membisu.., ada yang melupakan mati tapi sekarang sedang menjadi mangsanya..

Dan yang takutnya, pada ketika ini, adalah kerana, kita masih belum mengetahui akan apakah ALAMAT TETAP KITA..

Apakah alamat tetap kita?

Shurgakah?

Atau Nerakakah?

*****

Ps: Pesan orang alim, jika kita selalu terlupa pada hari kita menjadi mayat, maka sebelum jadi mayat, hantarkanlah( sedekah, zakat, jihad) harta kita ke akhirat sebanyak banyaknya, kerana tabiat hati yang terpaut pada harta, maka bila harta telah di hantar ke kehidupan selepas jadi mayat, maka hatipun rindu untuk jadi mayat.., insyAllah.

******

Tambahan:

Orang Yahudi lupa pada mati kerana sibuk dengan politik
(rujuk Israel yang mempolitikkan dunia di palsetin)

Orang Majusi lupa pada mati kerana sibuk dengan sukan
(rujuk sukan terbesar di dunia yang menyalakan api besar)

Orang Nasrani lupa pada mati kerana sibuk dengan hiburan
(rujuk rumah ibadat mereka, ada alat muzik dan lagu lagu)

Orang Islam lupa pada mati kerana apa pula?…, sibuk 'berdakwah' melalui politik, sukan dan hiburan???

******

Mata sudah mengantuk…, kena tidur pulak..
Sekian, maaf kerana membebel macam mak nenek.., selamat malam!

Ps2: Orang yang paling bodoh adalah orang yang melupakan mayat, dan lupa membuat persediaan sebelum jadi mayat, Takpe jadi mayat yang hodoh, tapi jangan sekali kali menjadi mayat yang bodoh…

Tuesday, March 4, 2008

...semoga aku turun samapai 49 kg...hihihi...semoga aku berjaya...gogo cai yok...

diet..


Selamat pagi semua, aku baru sampai opis jer ni, tapi opis kosong lagi, macam biasa aa… dorang datang lambat sket… aku jer ngengada datang awal… bukan apa… pepagi ni sejuk sket… takder aaa panas sangat… kang dah petang sket…. mula aa kepanasan… huhuhu… so apa jer tips kesihatan kita hari ini?

So macam tajuk entri kita arini… tips hari ini, adalah macam mana kita boleh menurunkan berat badan tanpa berlapar dan dahaga. hehehe… Program ni memang dah terbukti berkesan dan aku lerh jamin sendiri sebab pernah cuba dulu, walaupun skangni dah lama aku tak amalkan… kekeke… nak kena start balek nampaknya.

So basically program ni adalah diet program dengan tidak mengambil carbohidrate dan kurangkan gula. Secara dasarnya program ni takder aa ketat sangat. sebab bergantung kepada keadaan orang tu, program ini boleh disesuaikan. Bahan utama untuk program ini adalah Air. Sebab dalam badan kita ni banyak kandungan airnya… so kita kena aa buang air yang berlebihan.

Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena aa minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.

Memang itu adalah perkara yang biasa laa yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehidrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.

Time aku dok ikut program ni, aku minum lebih kurang 1-2 liter air kosong dalam sejam, ikut tempat aa… sebab takkan kalau kuar jejalan jejauh, nak bawa air dua tiga tangki, penat aa plaks kan… tapi kalau lerh bawa okay gak. So itu yang pertama, perkara paling penting yang kita kena buat.

Kemudian kita pergi kepada pemakanan, secara dasarnya kita kurangkan pengambilan karbohidrat. Mungkin ramai tak setuju dengan benda ni, tapi ini adalah salah satu program diet yang berada di pasaran… hehehe… so nak ikut atau tak terpulang. So basically kita akan lebih banyak ambil daging dan sumber² protein. Tapi masih kurangkan gula.


Ramai yang ingin diet dengan memakan buah²an. Namun kita perlu ingat, buah²an berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. So secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah²an adalah menyeksa diri.. sebab kita akan lapar… huhuhu…

Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu. Apa yang penting, kita perlu seimbangkan pemakananan kita, kita perlu lihat bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tghari, dan silalah mulakan hari anda dengan sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja² seharian.

Jika kita malas untuk mengambil sarapan walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tghari dan makan malam. Tapi apa yang kita makan untuk tetiap sesi adalah berbeza. Untuk makan tghari, kita boleh makan makanan yang berat, jika anda sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, cuma kalau lerh buang aa kulit tu erk… tak sehat… kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber² vitamin dari sayuran atau buah²an.
Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. So kena elakkan. Kalau taklerh nak berhenti, kurangkan laa tabiat meminum minuman ini. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu. Makanlaa sup sayur atau benda² yang tidak terlalu berat mengikut citarasa masing².

Kepada penggemar² kopi, teh atau sebagainya yang mengandungi gula. Kurangkan kegiatan ini, namun jangan sampai tak amek gula langsung kerana badan kita masih memerlukan gula untuk kesihatan. Walaupun sumber gula bukanlah semata-mata dari minuman sahaja, dari makanan, buah²an, dan pelbagai lagi.
So secara dasarnya macam tu aaa… so ringkasan dalam bentuk senarai untuk memudahkan sesiapa yang ingin menggunakan program ini.

Minum air kosong dengan banyak
Kurangkan pengambilan carbohidrat
kurangkan pengambilan gula
Hentikan tabiat meminum minuman ringan seperti coke,pepsi dan lain²
Secara dasarnya itu jer yang kita perlukan. InsyaAllah akan turun laa berat badan tu nanti.

Tambahan kepada program tersebut, kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, berjogging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kgs dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan.

Kegiatan suka window shopping juga boleh dijadikan riadah kerana kita akan berjalan ke sana ke sini. So kepada mereka² yang suka bershopping tu, bolehlah jadikannya sebagai riadah secara tak langsung. hehehe…

Program diet ini aku belajar daripada seorang Dietian dari Amerika. Dia ajar aku macam mana nak lakukan program ini kira² 2 tahun lepas. Kalau ada sesiapa yang memerlukan panduan terperinci untuk individu, sila hubungi aku, nanti aku sediakan program untuk kesesuaian aktiviti harian korang. Jangan risau, aku kongsi percuma jer… tak perlu bayar memahal macam kalau gi program² lain tu… hehehe…

Pesanan terakhir… “Jangan berlapar untuk diet“… hehehee…

okay laa… selamat semua… nak kena sambung keje…

...menantu..


...nilah dua menantu lelaki mak...syok sebenarnya makan kat sini..tulah specialnya bila balik umah mak....sakan betul dioarang melepak...bekpes..sementara nak siap gie anta pengantin ejul...

..best nyer kat umah mak..




......ketenangan yang sesungguhnya mmg ada kat umah mak..semuanya indah..semuanya bahagia...pagi yang segar...bunyi burung-burung...angin yang tiup daun-daun....pokok bunga mak...bunyi air dari kolam...semua tu...arrghh indahnya hidup ini...alhamdullilah...syukur...

penawar..

Penawar Kepenatan, amalkan...

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di
rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar
oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah
sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin
Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling
gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia
dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk
mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.
Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak
kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta
menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa
yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,
bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali
dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu
berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan
menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w.
ini.

Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia
diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja
yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya
mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali)
dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum melelapkan
mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-
Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian
kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan
senyuman.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Monday, March 3, 2008

how to...

Bagaimana Menyayangi Seseorang
1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.