Labels

Wednesday, June 20, 2007

hakikat tudung.

aku dapat dari emailyang ulien hantar...aku betul-betul tersentuh...semoga kita sentiasa dibawah rahmatNYA..AMIN...


Kisah Benar - pls share with all Muslim ladies


Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis

yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki.
Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah

lakunya benar-benar membimbangkan ibu.


Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini

menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al_Quran.

Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik

memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali

berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.


Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, " = cuba

mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi

perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai

kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar

dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai

tudung, tak pernah buat macam tu!"


Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah

keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya

bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya

mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal

berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang

tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.



Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.



Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke 0rang yang baru pindah itu, isterinya
buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi
rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan
benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat

perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak
pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?


Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh.
Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung
campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya
katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!


Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya
untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak
merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan
saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca
Qur'annya, solat sunatnya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya
datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati

saya..



Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di
satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana , saya mendapat
khabar bahawa adik sakit tenat hingga = ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah
saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT
agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.



Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar,
tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis ..
saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........ dalam esak tangisnya ibu
memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air
mata ini tak dapat ditahan lagi...


Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya
lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat
adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya
buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri
dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi ketika adik baru
pulang dari rumah Abu khoiri..disitu tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami
itu.



Butirannya seperti ini:


Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti
bidadari

"mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"


Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang
dari lubuk hati



Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan
cantik??

Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT.

Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?



Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai

tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau

saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak

wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak

pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat mak

cik bagaimana?



Isteri jiranku : Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh

wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala

sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya

akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah

perlindungan untuk wanita ..



Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya
tak elok..
Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami...



Annisa : apakah hakikat tudung ?



Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin,

lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu,

lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang

sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT,

lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat

baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium

segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat

sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat,

lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan

untuk memperdayai nafsu kamu, indungi hati kamu dari sesuatu selain

Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan

menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung..


Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung...mudah

mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua

tu?


Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan

dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila

kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan

amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan

Allah SWT. Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia

akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh

manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu

padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada

rumput mahupun tumbuhan , ketika tujuh matahari didekatkan di atas

kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia

ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya , anak tidak

mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi,

antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih

berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan
barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada
saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya
akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang
tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika

dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti
syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum

pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun

manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah

sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai

Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah

dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha

Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . .

Allah SWT. Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini

tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang

jatuh dari pelupuk matanya..



Subhanallah ..



Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil

dibawah tulisan itu "buta, tuli dan bisu.." wanita yang tidak

pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah

mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT , wanita

tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa

dan sia sia..


"Tak tahan airmata ini pun jatuh". Semoga Allah SWT menerima adikku

disisinya..Amin..Subhanallah


saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua.

Wassalam...

No comments: