Labels

Thursday, October 29, 2009

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Kerana kami pulang ke asal.

Itulah formulanya.

Untuk mencari damai di hati dan jiwa, pulanglah ke asal.

Mungkin kerana itu, zikrullah, solat dan majlis ilmu, sering mengundang damai. Sedangkan dosa, lagha dan tenggelam oleh urusan dunia, acapkali menimbulkan resah dan gelisah.

Kerana asal jiwa ini “˜dekat”™ dengan Allah.

Masakan tidak “˜dekat”™. Kita pernah bersoal jawab dengan Allah secara langsung, di alam roh yang misteri, namun boleh difahami bahawa asal maujudnya kita adalah “˜dekat”™ kepada-Nya.

Allah bertanya secara langsung kepada kita:


“Bukankah Aku Tuhan kamu?”

Dan kita semua telah menjawabnya secara langsung kepada Dia:


“Benar (Engkaulah Tuhan kami), Kami menjadi saksi” (Al-A”™raaf : 172)

Di alam itu kita “˜dekat”™ dengan-Nya.

Dan hakikat itu memainkan peranannya pada kembara kita di sebuah dunia.

ANALOGI PERANTAU

Apa rasanya seorang perantau yang terbuang sendirian di bumi asing?

Sunyi, rindu, dan resah tidak tentu masa.

Bagaimanakah perasaan perantau itu tatkala bertemu dengan seorang insan yang dikenal pastinya sekampung, sedaerah dan berkongsi persamaan, ketika dirinya sedang remuk rindu di perantauan?

Pastinya gembira, hilang sunyi, terhibur malah rasa “˜selamat”™.

Bagaimana perasaan itu menjelma? Dari mana kepuasaan itu muncul di dalam jiwa?

Tentu sahaja, kerana insan yang ditemuinya itu berkongsi asal yang sama.

Bila diri dibawa pulang ke asalnya, jiwa tenteram beroleh damai.

Itulah rahsia zikrullah menenangkan jiwa, ketika roh kita dibawa kembali ke sifat asalnya. “˜Dekat”™ dengan Allah.



Itulah sejuknya mencium tangan bonda, kerana saya pernah berkongsi nyawa dengannya. Saya dari Dia melalui dia, bonda yang mengandung dan melahirkan saya. Mencium tangannya sudah memutikkan bahagia, apatah lagi pada memeluk dan mendakapnya, kerana saya membawa diri pulang ke asal, saya adalah sebahagian diri bonda.

DAMAI ALAM

Bagaimana mungkin titis hujan, liku alur dan hijau pohonan tidak mendamaikan? Sedangkan saya lahir di alam begitu, membawa diri pulang ke asal, itulah kunci kebahagiaan yang sejati.

Tambah pula Allah memberitahu ,
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa”™ : 44)

Rupa-rupanya deru alur dan tiupan angin yang nyaman itu adalah tasbih zikrullah.

Rupa-rupanya titis hujan dan cengkerik malam itu adalah tasbih zikrullah.

Rupa-rupanya kokok ayam dan sahutan katak di paya itu adalah tasbih zikrullah.

Biar pun akal tidak memahaminya, namun roh yang asalnya ‘dekat’ dengan Allah, dan tenang dengan zikrullah, mentafsirkannya dengan tepat dan indah.

Biar pun kamu atheist, kamu sekular, Hindu, Buddha, Kristian atau Muslim, tiada manusia yang tidak tenang mendengar bunyi alam. Kerana walaupun akal meyakini kepercayaan yang berbeza, roh itu bahasanya satu dan esa, memahami Zikrullah penenang jiwa.

Ya Allah… dekatkan diriku pada asalku, pada bonda, pada desa, pada zikir dan ingatanku terhadap-Mu, Tuhanku yang Maha Baik dan Maha Pengasih, kepada diriku, si hamba…



Kembalilah kalian ke fitrah asalmu.



Dekatkan diri pada yang Esa



Dambakan diri mentaati-Nya



Juga bonda dan damai desa…

No comments: