
...Apabila engkau dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengaduhkan kepada Dia Yang Satu.
Apabila kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada Dia… Satu – satunya tempat yang boleh digantungkan harapan…
Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar........
duhai hati....tabahlah...duhai mata berhenti menangis..
3 comments:
Tangan mencapai telefon bimbit di atas meja. Tangan dilarikan di skrin. Unlock.
1 new message.
Open. Mata dilarikan membaca isi kandungan pesanan tersebut. Nafas ditarik. Perlahan. Exit.
Air mata jatuh, setitis. Sepertinya hati juga sedang menangis.
Sahabatku, aku juga rindu kamu. Bahkan tersangat rindu. Andai sahaja kau tahu betapa aku rindu waktu kita dahulu. Andai sahaja kau tahu ada sahamnya kamu dalam setiap tadahan tanganku. Andai sahaja dapat aku memberitahumu.
Kau kata, kau malu. Malu dengan diriku waktu ini. Malu dengan penampilanku serupa ini. Malu dengan sifatku sekarang ini. Aku sudah berubah. Malah sudah jauh berubah. Sedangkan kau masih di tempat yang sama setelah sekian lama.
Sahabatku, aku pinta. Jangan malu denganku. Malulah kamu dengan Tuhanku. Kerana aku juga sepertimu. Seorang insan biasa, seorang hamba kepada Tuhannya. Aku ini tiada istimewanya. Aku hina. Banyak dosanya. Tidak terhitung jika mahu dikira setiap satunya.
Aku punya pilihan. Aku pilih jalan ini. Aku pasti. Tidak akan pernah berpatah kembali.
Tahu, kau juga punya pilihan. Pilihan untuk mengubah hidupmu. Kau juga boleh berubah. Seperti aku, seperti dia, seperti yang lainnya. Tiada apa yang mustahil. Cuma yang menentukan perubahan apa yang kau pilih. Jalan apa yang kau pilih untuk ikuti.
Kalau benar kau mahu berubah. Pasti akan ada pintu yang Tuhan buka untuk membantu. Pintu-pintu yang kau sendiri tidak sangka akan bertemu dari tempat yang tidak pernah kau tahu. Aku juga pasti, Tuhan akan menghantar orang-orang yang baik untuk bersamamu. Dalam apa jua keadaan, mereka tetap akan teguh bersamamu. Menghulurkan tangan membantu, mengangkat apabila tersungkur, menyedarkan dari kealpaan indah dunia itu. Mereka yang akan bersamamu. Bersusah payah mempimpinmu untuk berubah.
Sahabat, andai sahaja kau tahu indahnya hidup ketika diri sujud menghadap Ilahi. Andai sahaja kau tahu indahnya perasaan ketika ditemani dengan redha dan syukurmu terhadap Ilahi. Andai sahaja kau tahu keindahan sebenar dunia apabila sentiasa ditemani bayangan mati.
Aku pasti.
Bahawa kau tidak akan berlengah lagi. Kau tidak akan berkata sekejap lagi. Kau tidak akan tunggu tibanya nanti.
Aku pasti.
Kau akan bersujud tika ini. Kau akan memohon ampun saat ini. Kau akan redha atas ketentuan hidup yang diberi. Kau tidak akan pernah berniat untuk kembali kepada kehidupan indah lampau yang hanya berdasarkan duniawi.
Itu, aku pasti. Malah tersangat pasti.
Andai sahaja dapat aku terangkan perasaanku ketika ini. Andai sahaja dapat aku berkongsi sedikit rasa hati. Andai sahaja dapat aku beri rasa indah ini. Pasti sudah aku beri. Pasti sudah aku kongsi.
Aku mahu kau rasa perasaan itu. Perasaan indah mencintai Ilahi. Perasaan indah yang langsung tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Perasaan yang langsung tiada tolok bandingnya.
Andai sahaja dapat aku kongsi.
Sahabat, aku mahu kau tahu. Kau sentiasa ada dalam doaku. Aku mahu kau tahu. Yang aku sentiasa mendoakanmu untuk menemukan jalan terindah dalam hidupmu. Aku mahu kau tahu, aku mahu jadi temanmu. Selamanya. Hingga ke syurga.
Kamu janji, tunggu aku ya?
Tukar persepsi. Ujian = Rebah. Tetapi selepas itu? Ujian = Bangkit kembali. Pandang hadapan. Teruskan.
Allah bagi ujian sebab sayang. Kan?
Allah bagi ujian sebab kasih. Kan?
Allah bagi ujian sebab uji kesabaran. Kan?
Allah bagi ujian sebab nak tingkatkan iman. Kan?
Allah bagi ujian sebab nak kita kembali mengingati Dia. Kan?
Allah bagi ujian sebab nak kita sedar kesilapan kita. Kan?
Allah bagi ujian sebab nak kita tahu Allah rindu kita bercakap dengan dia. Kan?
Allah bagi ujian sebab rindu kita mengadu pada Dia. Kan?
Allah bagi ujian sebab nak kita tahu Allah sentiasa ada bila-bila masa, senang atau susah. Kan?
Allah turunkan hujan sebab nak munculkan pelangi. Kan?
Jadi, jangan putus asa.
Jangan pernah putus asa.
Rahmat Allah sentiasa ada insha Allah.
Insha Allah.
Dah boleh berhenti dari menangis. Dah boleh kesat air mata. Dah boleh lupakan segalanya. Dah boleh senyum. Alhamdulillah. Allah sentiasa sayangkan hamba-Nya. Sentiasa.
Dan sesungguhnya, Allah menguji hamba-hamba Nya dengan pelbagai cara, dan kita, diuji, adakah kita akan kembali berpaling pada Nya...
Namun, berpaling lah walau sesaat, adakah jalan yang dipilih tidak akan menzalimi sesiapa...
Sesungguhnya, ku akui, aku telah menzalimi hatimu...
Aku telah menzalimi cintamu...
Aku telah menzalimi kasih sayangmu...
Semuanya kerana, aku berpaling dari tanggungjawabku sebagai seorang HAMBA NYA...
Sesungguhnya, kau telah berulangkali memberikan peluang kepadaku, namun, sering kali juga, aku khianati peluang itu..
Dan kini, aku meredhai, ujian Allah kepadaku. Aku tidak punyai sesiapa dan apa-apa... Merempat di bumi sendiri,
Namun,
aku ukirkan senyuman, bahawa ku tahu, kau adalah seorang wanita yang tabah dan cekal, semuanya kerana aku... Aku yang menyebabkan kau berubah sebegini.. Tiada lagi kasih dan sayang seorang isteri buatku... Tiada lagi gelak tawa mu... Dan kini, rumah itu, seperti tiada nyawa, diam membisu, sunyi...
Ampunkanlah aku, kerana aku tidak dapat memberikab cinta yang kau harapkan... Aku doakan agar kau akan dapat ditemukan dgn seseorang yang akan menyintaimu sepenuh hati. Cuma satu amanatku pada mu... Hargailah zuriat kita berdua, kerna, hanya itu bukti cinta ku padamu.
Maafkan kezaliman yg ku lakukan padamu... Mungkin, ini selayaknya hukuman yang harus aku terima. Terima kasih kerana kau sudi menerima ku sebagai suami.. Terima kasih kerana kau telah menjadi ibu kepada zuriat ku. Terima kasih kerana kau bersabar dengan karenah ku selama ini... Aku adalah insan yang amay berdosa terhadapmu..
Syukur ku kehadrat Allah SWT, kerna, ujian ini, telah membuat aku kembali kepada Nya. Aku sedar, betapa jahilnya diri ku selama ini. Aku sedar, betapa lalai dan lagha nya aku dgn nikmat dunia ini. Dan kini, aku tak punyai sesiapa dan apw-apa. Aku redha... Aku redha dengan ujian Yang Maha Esa kepadaku... Aku bersyukur kepada Nya, kerana, masih lagi pintu taubat Nya terbuka buatku... Aku bersyukur dgn ujian ini, kerana, aku tahu dan yakin, Allah masih lagi melihat kepadaku. Alhamdulillah.. Segala pujian buatmu, Ya Rabb...
Post a Comment