Labels

Thursday, March 22, 2012

Selamat Hari Lahir Faris....

Selamat Hari Lahir sayang...Alhamdulillah! hari ini genap umur faris 3 tahun..... wahai anakku Ahmad Faris Adani Bin Ahmad Faisal Anwar. Inilah dunia. Ingat, dunia ini hanya pinjaman, jangan terlalu berleka-leka di sini sebab kita semua akan ke sana.

anak ummi faris...

Jadilah kamu seorang Muslim yang taat yang mengamalkan segala ajaran Islam dengan sebenar-benarnya walau ke mana pun kamu pergi, . Dan inginlah ummi berpesan kepada kamu sebagaimana pesan Luqman kepada anaknya yang diceritakan dalam kitab suci kita al-Quran, janganlah anakku sekali-kali kamu mempersekutukan Allah kerana perbuatan syirik itu adalah sangat zalim, serta berbuat baiklah kamu anakku kepada kedua-dua ibu bapa kamu.

salam sayang teramat sayang dari ummi......

No comments: