Tuesday, June 26, 2012
Semoga ada yang sudi menyambung dan memberi kasih sayangku pada dia apabila aku tiada nanti...
Semoga ada yang akan memeluk anakku untuk dia rasakan yang dia sentiasa dalam keadaan yang selamat...
Semoga ada yang akan mengucup dahi anakku semasa dia tidur…
Semoga ada yang akan menyuapkan anak ku makan dan minum…
Semoga ada yang akan mandikan dan siapkan anakku setiap hari…
Sesungguhnya aku takut untuk terus memikirkan yang lain-lain, tetapi aku redha akan ketentuanMu Illahi.
Ya Allah..padaMu aku memohon, berikanlah aku kesihatan yang baik. KepadaMu jua aku meminta berikanku perlindungan
Panjangkan umurku Ya Allah, bagilah aku kesempatan membesarkan dan memelihara amanahMu sehingga dia dewasa.
Berikanlah aku kekuatanMU Ya Allah. Hanya padaMu aku berserah Ya Allah.
Kau Maha Pengasih..Maha Penyayang. Maha Pengampun .Maha SegalaNya. Amin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
InsyaAllah engkau akan diberikan kekuatan dan kesihatan demi Aina, Faris, Fahmi. dan semoga mereka akan menjadi anak yang kuat seperti umminya. Jangan tunjuk kn kelemahan mu didepan anak2. biar pun kita menangis bila malam...jadi kn siang kita dipenuhi gelak ketawa.....
Post a Comment