Labels

Friday, September 21, 2007

sunnah nabi s.a.w

Subject: Fw: sunnah nabi s.a.w ketika dan selepas tidor
>
>
> Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih
> kurang 20 tahun untuk tidur.Sekiranya dia tidur
> mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi
> ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan
> ikhlas.Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu
> dipaksa atau terpaksa untuk tidur.Ganjaran Allah swt untuk orang yang
> amalkan Sunnah sangat besar.Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan
> diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid
> sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur
> sendiri ada banyak Sunnah.Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain
> dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan.
> Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas
> tidur.
>
> 1 . Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang
> memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatn ya harga yang Allah
> swt janjikan adalah syurga.
>
> 2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah
> kedudukan tidur orang yang telah mati.
>
> 3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia
> mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih
> Fatimah?
>
> Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.
>
> 4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan
> untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
>
> 5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga,
> Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam.
> Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
>
> 6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2
> rakaat.
>
> 7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan
> semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula
> kalau mahu.
>
> 8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan
> dan tapak tangan di bawah pipi.
>
> Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya
> mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night
> cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum
> tidur.
>
> Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap
> terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain
> supaya tidak menimbulkan fitnah.
>
> Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur
> meniarap,dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.Tidur bogel atau tidak menutup
> aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain.
> Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa,Syaitan/Jin akan bersama-sama
> menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan
> benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai
> "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu.
>
>
>

No comments: